kompromi

persetujuan atau penyelesaian yang berdasarkan tolak ansur atau jalan tengah (antara dua tuntutan yang bertentangan):
penyelesaian itu merupakan satu ~ antara pihak majikan dan kesatuan pekerja;

berkompromi bersetuju atau mencapai persetujuan (kesepakatan dan sebagainya) dengan cara bertolak ansur (dalam pertikaian dan lain-lain):
pertikaian itu tidak dapat diselesaikan kerana kedua-dua pihak enggan ~;

mengkompromikan menyatakan persetujuan atau kesepakatan dengan unsur lain sehingga mencemarkan prinsip, pegangan hidup:
penganut agama Islam dilarang ~ prinsip hidup mereka dengan mana-mana fahaman.

berkongsi