ketat

1. tidak longgar (berkenaan (dengan) tutup pada botol dan lain-lain), kuat atau erat melekat (menyebabkan susah hendak dicabut atau ditanggalkan), sendat, sempit (berkenaan (dengan) pakaian):
ditutupnya botol itu dengan sumbat gabus hingga ~;
dalam syarahannya ustaz tersebut telah mengecam hebat pemuda-pemudi Melayu yang suka berpakaian ~
;

2. [kiasan] keras dan tidak ada tolak ansur atau kecualinya (berkenaan (dengan) peraturan, perintah, dan lain-lain), tidak boleh diubah atau dipinda (berkenaan (dengan) perkataan, perjanjian, dan lain-lain):
undang-undang dan perintah-perintah yang ~ telah dikenakan dalam masa berlakunya darurat;
musuh ~
musuh keras (besar);

3. [kiasan] teliti dan rapi (berkenaan (dengan) kawalan, pengawasan, dan sebagainya):
tempat-tempat yang penting dikawal ~ siang dan malam;
pintu masuk ke pelabuhan itu dijaga dengan ~ oleh askar-askar yang bersenjata;

4. [kiasan] penuh dengan berbagai-bagai aktiviti, kerja dan sebagainya sehingga tiada masa lapang yang terluang (berkenaan (dengan) jadual, program dan sebagainya):
memang jadual harian saya ~ dan saya lebih banyak menghabiskan waktu di pejabat;

mengetatkan
1. menjadikan ketat atau erat (ikatan tali dan lain-lain), mencerut (tali pinggang dan lain-lain):
skru itu hendaklah diketatkan supaya roda kereta tidak tercabut;

2. [kiasan] menjadikan keras atau sukar (peraturan dan lain-lain);

3. menjadikan rapi atau teliti (kawalan, pengawasan, dan lain-lain):
langkah pertama untuk mencegah merebaknya penyakit itu ialah ~ penjagaan air minum untuk orang ramai;

memperketat menjadikan lebih ketat (ikatan tali, peraturan, kawalan, dan sebagainya):
beliau menggesa supaya syarat-syarat mendapatkan sijil kerakyatan diperketat;

keketatan perihal (keadaan dan sebagainya) ketat:
bahasa Melayu Tinggi ditandai oleh ~ tatabahasa;

pengetatan perihal (perbuatan) mengetatkan;

pengetat alat untuk mengetatkan (menerikkan, mempererat).

berkongsi