1. = ~ kali = kerap-kerap acap kali, berkali-kali, selalu, sering:
penyakit cacar ~ mengenai kanak-kanak;
kampung itu ~ kali dibanjiri;
lagu-lagu yang diciptanya ~ kali disiarkan di radio;
2. tidak jarang, rapi (berkenaan (dengan) anyaman, tenunan dan lain-lain), rapat-rapat (letaknya dan sebagainya) antara satu sama lain (barang yang berderet-deret):
tikar mengkuang itu cantik warnanya dan ~ anyamannya;
pokok-pokok itu tidak dapat hidup subur kerana ditanam terlalu ~;
mengerapi membuat (melakukan) berkali-kali atau berulang-ulang;
mengerapkan
1. menjadikan kerap;
2. menganyam (menenun) kerap-kerap;
kekerapan keadaan kerap, kerapnya berlaku sesuatu, keseringan.
berkongsi