1. kemuliaan (iaitu anugerah Allah kepada hamba-Nya yang dikasihi);
2. suci dan berkat daripada kemuliaan seseorang sehingga menyebabkan doanya diperkenankan Allah (seperti penyembuhan penyakit dan perlindungan Allah):
makam Habib Noh di Singapura diziarahi orang kerana dianggap makam yang ~;
3. tempat atau sesuatu yang suci dan (dipercayai) dapat mendatangkan hikmat:
banyak orang yang pergi ke ~ untuk meminta sesuatu dan bernazar;
minta ~ minta berkat (restu) dari tempat yang keramat;
4. orang yang sangat warak, orang yang benar-benar saleh:
jikalau sungguh mati Chau Pandan, sungguhlah tuan ~;
~ hidup orang yang berperangai baik, ikhlas, dan jujur serta tidak suka melakukan sesuatu yang menyakiti hati orang;
mengkeramatkan menjadikan (menganggap) seperti keramat, meletakkan pada kedudukan yang amat disanjung;
kekeramatan sifat keramat, kesucian dan keberkatan:
Pawang Kri masih percaya kepada ~ manteranya untuk menewaskan buaya.