keladi

1. sejenis tumbuhan (herba yang ubinya boleh digoreng atau digulai), talas;
~ babi = ~ cina = ~ telur = ~ udang = birah ~ sejenis keladi, Colocasia antiquorum;
~ cali
= ~ cantik = ~ hitam = ~ rimau = ~ ular sejenis keladi, birah hitam, birah kijang, Alocasia denudata;
~ sebaring
sejenis keladi birah, Alocasia indica;

2. sejenis tumbuhan (herba yang banyak macamnya);
~ air sejenis tumbuhan (herba), kelipuk padang, Sagittaria guayanensis;
~ bukit
sejenis tumbuhan (herba), mata bisul, mata udang, selimpat air, senjuang hutan, Aglaonema pictum;
~ bunting
sejenis tumbuhan dalam air, bunga jamban, kemeling telur, Eichhornia crassipes;
~ moyang
sejenis tumbuhan (herba), kelemoyang, Homalomena spp.;
~ puyuh
sejenis tumbuhan (herba), birah kecil, Typhonium spp.;
akar ~ tanah
sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar iang-iang rimba, Vitis gracilis;
rumput ~
sejenis tumbuhan (rumput), rumput bukit, rumput kurau, rumput tahi kerbau, Fimbristylis miliacea;
air di daun ~
= daun ~ dimandikan (peribahasa) sukar ditunjuk ajar atau dinasihati;
seperti birah dengan ~ (peribahasa) hampir sama sahaja.

berkongsi