kecuali

1. melainkan, selain, lain daripada:
aku tidak pernah berkenalan dengan orang Jepun ~ En. Ogawa;

2. yang menyimpang daripada kebiasaan, yang tidak dikenakan sesuatu peraturan, kekecualian;

berkecuali
1. ada kecualinya;

2. tidak berpihak kepada (bersekutu dengan) mana-mana pihak, berdiri sama tengah;
negara-negara ~ negara-negara yang tidak bersekutu dengan atau berpihak kepada negara-negara blok Barat ataupun blok komunis;

mengecuali melanggar aturan (hukum), tidak mengikut kebiasaan;

mengecualikan membebaskan (daripada penguatkuasaan sesuatu undang-undang, peraturan, dan sebagainya), mengeluarkan (mengetepikan) daripada sesuatu ketentuan atau keputusan:
mereka meminta diadakan peraturan-peraturan khas bagi ~ mayat-mayat orang Islam yang mati akibat kemalangan daripada dibedah;

terkecuali
1. terbebas (daripada kebiasaan, peraturan, dan lain-lain), dikecualikan:
ia ingin melihat ~nya sekolah-sekolah dan universiti daripada digunakan untuk tujuan-tujuan politik;

2. kecuali, melainkan:
~ di beberapa tempat, lawatannya mendapat sambutan meriah;

kekecualian, kecualian sesuatu yang menyimpang (berlainan, terasing) daripada yang umum dan lain-lain, sesuatu yang dibebaskan (terkeluar, terasing) daripada sesuatu peraturan (ketentuan dan sebagainya);

perkecualian
1. perihal berkecuali (ada kecualinya);

2. kedudukan (dasar, sikap) tidak berpihak kepada mana-mana pihak:
negara-negara yang bersidang di Geneva telah menjamin ~ dan kemerdekaan Indo-China;

pengecualian
1. perihal mengasingkan atau mengeluarkan dari kebiasaan (sesuatu peraturan dan lain-lain);

2. perihal menjadikan tidak berpihak kepada atau menyebelahi (sesuatu pihak, blok, dan sebagainya):
satu persidangan negara-negara untuk membincangkan ~ Indo-China telah diadakan.

berkongsi