umpama

1. (sesuatu yang dijadikan) perbandingan, ibarat, misal:
yang disebutnya tadi hanya sebagai ~ sahaja;

2. = ~nya sesuatu yang dijadikan contoh, misalnya:
banyak kehasilan negeri Lampung, ~, terutama lada kecil atau merica dan karet;

3. = seperti ~ = seumpama sama halnya dengan, tidak ubahnya seperti, misalnya, sebagai:
budak-budak ~ rebung, boleh dilentur dan dibentuk;

4. sesuatu yang hanya dijadikan misalan sahaja (bukan sungguh-sungguh), andai:
itu hanya ~, bukan sungguh-sungguh;

5. = ~ kata = ~nya = seumpama, umpamakan jika sekiranya, katakanlah kalau, seandainya, andai kata:
~ engkau banyak wang, apa yang hendak kaubuat?;
seumpama hari hujan, ke mana kita hendak lari?;
umpamakan engkau pergi merantau, bagaimana engkau menyesuaikan diri dengan masyarakat asing?;
bukan (tidak) ~ lagi
berlaku tidak sopan, tidak hormat lagi kepada;

seumpama
1. sama seperti (sesuatu yang telah dinyatakan), serupa dengan:
kehidupannya bergantung pada susu ibu ataupun cecair yang ~nya;

2.= umpama;

berumpama menggunakan umpama (ibarat, misal), bercakap dengan umpama;

mengumpama [sastera lama] menaruh hormat (kepada), menghormati:
jangan diperbuat segala pekerjaan yang tidak berbahasa dan tiada ~ kepada segala indera dan dewa;

mengumpamai
1. [sastera lama] sama dengan, menyamai, menyerupai;

2. = mengumpamakan memberi hormat kepada, menghargai, menghormati;

mengumpamakan
1. menganggap sama dengan, menjadikan contoh (kiasan, ibarat), mengibaratkan, membandingkan (dengan):
mata manusia bolehlah diumpamakan sebagai sebuah kamera;

2. melakukan atau mengatakan sesuatu sebagai contoh (sebagai ulangan daripada yang telah dilakukan), memberitahu bagaimana (dengan gaya dan lain-lain):
beliau telah ~ bagaimana beliau dapat mengelakkan diri daripada tikaman pencuri itu;

3. menganggap sebagai misalan (bukan sungguh-sungguh), memisalkan, menyifatkan:
aku umpamakan kau dikahwinkan dengan seorang pemuda dari bangsamu sendiri;

4. menunjukkan hormat (menghargai) seperti yang selayaknya, menghormati (sebagaimana mestinya):
segeralah ia tangkap, jika ia melawan, bunuh olehmu, kerana ia tidak ~ daku;

terumpamakan dapat disamakan atau dibandingkan dengan yang lain yang sepertinya:
pantai putih bersih tak ~;

perumpamaan
1. = umpamaan sesuatu yang dianggap sama dengan, ibarat, misal:
dengan menggunakan ~ dan lambang, penyajak dapat memberi makna yang banyak dan berlapis-lapis pada ungkapan-ungkapan katanya;

2. sejenis peribahasa yang berupa perbandingan dengan sesuatu yang lain (umumnya mengandungi ajaran);

3. sesuatu yang dijadikan contoh (mis hal-hal yang telah berlaku dan lain-lain).

berkongsi