kayu I

1. = pohon ~ = pokok ~ pohon yang hidup atau tumbuh (digunakan juga) untuk menyatakan nama atau jenis pohon seperti ~ ara, ~ kembang, dan lain-lain;
batang ~ batang pohon;
dahan ~ dahan pohon;
daun ~ daun pohon;

2. bahagian batang (dahan dan sebagainya) yang keras yang banyak gunanya (boleh dijadikan tiang, alat perkakas, dan lain-lain):
bahan api ialah benda-benda yang dibakar untuk mendatangkan panas seperti ~, arang batu, minyak tanah, dan lain-lain;
perabot yang dibuat daripada ~ jati;

3. yang dibuat daripada kayu (batang atau dahan pokok):
kerusi ~;
rumah ~;
~ akhir
(Biologi) bahagian kayu dalam gelang pertumbuhan (pada spesies pokok yang tumbuh di kawasan yang mengalami perubahan musim) yang mempunyai sel yang lebih kecil, lebih tumpat, lebih kuat, dan terbentuk terkemudian daripada bahagian kayu awal;
~ antara (Biologi) lapisan pada sebelah dalam gubal kayu yang mempunyai ciri peralihan antara ciri gubal kayu dan ciri teras kayu (dari segi warna dan sifat umum);
~ api = ~ bakar kayu yang digunakan sebagai bahan api;
~ arang sejenis kayu yang keras dan hitam warnanya;
~ awal (Biologi) bahagian kayu dalam gelang pertumbuhan (pada spesies pokok yang tumbuh di kawasan yang mengalami perubahan musim) yang mempunyai sel yang lebih besar, kurang tumpat dan terbentuk pada awal musim pertumbuhan;
~ balak
a) batang kayu yang telah dipotong;
b) [Indonesia] batang kayu yang telah ditarah;
~ bangunan kayu yang baik untuk dibuat rumah dan sebagainya;
~ belantan sejenis gada (pemukul) daripada kayu;
~ besi sejenis kayu yang keras dan berat (berwarna hitam);
~ bongkok [kiasan] orang yang hina lagi miskin (selalu dipandang rendah);
~ cagak kaki penyangga (meriam dan lain-lain) daripada kayu;
~ gabus kayu yang lembut dan ringan;
~ gergaji (Perhutanan) kayu yang dihasilkan daripada pembelahan dan pemprosesan kayu balak, dan mempunyai beberapa ukuran dan bentuk tertentu, misalnya papan dan beroti;
~ hutan kayu daripada pokok-pokok di hutan;
~ jaras kayu balak yang bergaris pusat kecil (kurang daripada 150 mm) dan boleh digunakan sebagai tiang rumah, tiang elektrik, atau jambatan;
~ keras (Perhutanan) tumbuhan Angiospermae kumpulan dikotiledon (mis cengal, jelutung, dan lain-lain);
~ kumai (Perhutanan) kayu panjang yang dipotong dengan menggunakan mesin kumai, dan permukaannya dibentuk menjadi pelbagai rupa bentuk untuk tujuan hiasan;
~ lapis kayu keping yang nipis dan berlapis-lapis (digunakan oleh tukang kayu);
~ lembut (Perhutanan) tumbuhan Gymnospermae yang menghasilkan kayu (mis pain, damar minyak, sempilor, podo, dan lain-lain);
~ lempung
a) kayu yang ringan;
b) [Kelantan] orang yang berbadan besar tetapi tidak kuat;
~ malam sejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Ebenaceae, buey, kayu arang, kumoi, meribut kumoi bukit, Diospyros spp.;
~ manis kulit daripada sejenis pokok yang manis-manis pedas rasanya (digunakan dalam masakan);
~ masam sejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Euphorbiaceae, bagil, galang-galang penatan (Sabah), Aporusa spp.;
~ muda (Biologi) bahagian kayu yang cepat tumbuh yang terbentuk di keliling empulur pokok.
~ palang
a) pengancing pintu daripada kayu;
b) salib;
~ pembaris (rul, skil) kayu dan lain-lain yang bersenggat dengan ukuran (digunakan untuk membuat garis lurus);
~ putih tumbuhan yang menghasilkan sejenis minyak untuk dibuat ubat, Meloleuca leucadendron;
~ satar
[Indonesia] kayu pembaris;
~ ukur
a) kayu untuk mengukur panjang dan lain-lain sesuatu;
b) [kiasan] ukuran atau standard yang digunakan untuk membuat perbandingan atau penilaian: ~ ukur untuk mengetahui yang mana baik dan yang mana tidak baik; ~ besar di tengah padang, tempat bernaung kepanasan, tempat berlindung kehujanan (peribahasa) pemimpin yang menjadi tempat rakyat mengadu nasibnya;
~ bongkok kura-kura pun boleh memanjat (peribahasa) kalau orang itu sudah bersalah ada sahaja yang menambah-nambah kesalahannya;
~ dikatakan batu, langit hendak dicapai dengan tangan (peribahasa) orang yang tidak sempurna akal fikirannya;
~ yang banyak akarnya tak takuntukan ribut = ~ yang berakar tunjang tak endahkan ribut = jikalau sepohon ~ banyak akarnya lagi teguh, apakah ditakuntukan ribut (peribahasa) orang yang banyak kawan tidak takut akan susah;
bagai ~ lempung ditebuk kumbang tembus-menembus (peribahasa) orang yang lemah mudah dianiayai oleh orang yang berkuasa;
besar ~ besar dahannya = gedang ~ gedang dahannya (peribahasa) apabila banyak penghasilan, besar pula perbelanjaannya;
di mana ~ bengkok, di sanalah musang meniti (peribahasa) tempat yang tidak dijaga baik-baik itulah yang dimasuki pencuri;
kalau sama tinggi ~ di rimba, di mana angin akan lalu (peribahasa) kalau sekalian manusia sama pangkat dan darjatnya nescaya tidak ada pekerjaan yang akan menjadi;
laksana pohon ~ tidak berbuah (peribahasa) ilmu yang tidak diamalkan tidak berguna;
seberat-berat ~ terapung juga dalam air (peribahasa) fikiran seseorang itu biar bagaimana teguhnya dapat juga dihasut;
tak ~ jenjang dikeping (peribahasa) dalam keadaan yang serba sukar, segala apa pun dibuat untuk mencapai maksud;
umpama ~ buruk, buruk dek panas, reput dek hujan (peribahasa) nasib malang yang tidak dapat dielakkan lagi;
umpama ~ lempung, belum ditolak condong sendiri (peribahasa) orang yang bodoh dan penakut mudah menurut kehendak orang lain;

kayu-kayu
1. [bahasa percakapan] orang yang diperalatkan oleh orang lain (seperti menggunakan namanya untuk membeli sesuatu dan lain-lain);

2. [bahasa percakapan] lelaki yang dijadikan sebagai kendak (oleh perempuan);

kayu-kayuan, kayu-kayan serba jenis kayu, bermacam-macam jenis kayu;

berkayu
1. ada kayunya, berteras;

2. mencari kayu (di hutan):
pergi ~ pergi mencari kayu;

perkayuan
1. (segala jenis pekerjaan) yang bersangkutan dengan kayu (seperti menebang, membuat kerusi daripada kayu);

2. alat-alat rumah daripada kayu:
ke kampung telah dikirim surat menyuruh membeli ~ buat rumah anak;

3. rangka rumah.

berkongsi