1. tidak sempit (kawasan, ruang, dan lain-lain), luas, lapang:
rumah besar yang ~;
2. = ~ dada (hati) tenteram perasaan (fikiran dan lain-lain), aman, senang:
daripada kata-kata ibunya itu ~ sedikit rasa hatinya;
3. lapang (waktu), tidak sibuk:
kalau ada masa yang ~ , jemputlah ke rumah;
4. agak pulih (daripada sakit), beransur sembuh;
melegakan
1. menjadikan lega (tempat), melapangkan, meluaskan;
2. = ~ dada (perasaan) menenteramkan hati (fikiran dan lain-lain):
jururawat itulah sahaja yang dapat ~ perasaannya;
3. menjadikan berkurang (berkenaan (dengan) rasa sakit dan sebagainya):
ubat itu ternyata dapat ~ sakit sendi yang dihidapinya;
terlega menjadi lega:
kegusarannya ~ di kamar ini;
kelegaan perihal lega, ketenteraman hati (fikiran dan lain-lain):
rancangannya itu akan mendatangkan ~ kepada pekebun-pekebun kecil;
pelegaan perbuatan atau usaha untuk melegakan (kesakitan, kerunsingan dan sebagainya):
~ sakit secara menyeluruh dilaporkan bagi 87% pesakit;
pelega sesuatu (ubat dan sebagainya) yang melegakan (rasa sakit dan sebagainya):
ubat ~ sakit perut.