tindakan mengawal dan menyelia sesuatu pekerjaan, fungsi dan sebagainya supaya dapat berjalan dengan betul dan lancar selaras dengan aturan, prinsip, tujuan dan sebagainya yang telah ditetapkan:
~ perdagangan mata wang memerlukan tindakan bersepadu semua negara;
pendisplinan kuasa pasaran boleh menggalakkan ~ korporat yang baik;
mengawal selia melakukan atau menjalankan kawal selia:
sebuah lembaga diberi tugas untuk ~ pelabuhan itu;
pihak kementerian sentiasa ~ aktiviti semua syarikat minyak yang terbabit;
pengawalseliaan perihal (proses atau perbuatan) mengawal selia:
akta ini menyediakan undang-undang tentang pelesenan dan ~ institusi yang menjalankan perniagaan bank;
~ mutu program francais juga diragui;
pengawal selia pihak (badan atau orang) yang menjalankan kawal selia:
keadaan itu mendesak ~ sekuriti untuk berbincang dan bertukar-tukar maklumat;
kajian itu menonjolkan isu utama yang membabitkan semua ~ kewangan.