kawal

1. orang yang menjaga, penjaga;
~ sambang penjaga yang meronda, peronda;

2. penjagaan, pengawasan:
segala hulubalang pun berkhemahlah masing-masing pada ~nya;

berkawal
1. berjaga (mengawasi di sesuatu tempat):
beberapa orang anggota polis tinggal ~ di tempat itu;

2. diawasi, dijaga:
makin ~, makin kecurian;

mengawal, mengawali
1. menjaga dan mengawasi (tempat, bangunan, dan lain-lain) supaya selamat, menjaga keselamatan (orang lain):
ia memimpin anak buahnya berjaga malam ~ kampung;

2. mengawas atau mengawasi (supaya tidak melampaui batas, sempurna dan teratur segala-galanya atau untuk sesuatu tujuan lain), mengontrol:
kalau dia seorang yang benar-benar sabar, berjayalah ia ~ dirinya;
~ harga barang;
~ gerak langkah dan tindakan sesuatu kumpulan pekerja;
~ penyakit supaya tidak merebak;

mengawali mengawal berterusan atau beramai-ramai:
pada tatkala itu, Taifah pun ada ~ istana itu;

terkawal (dapat) dikawal, diawasi;

kawalan
1. yang dikawal;
hukuman ~ hukuman yang menyekat kebebasan pergerakan seseorang;

2. usaha atau tindakan mengawal (menjaga, mengawasi):
~ keselamatan akan dilakukan di sepanjang pantai itu;
~ harga penetapan paras harga maksimum oleh kerajaan terhadap barang atau perkhidmatan asas tertentu, terutamanya semasa inflasi atau darurat;
~ kredit (Ekonomi) kawalan yang dikenakan terhadap sistem perbankan bagi mengawal jumlah pinjaman, khususnya dalam pemberian pinjaman dan overdraf;
~ mutu pemeriksaan terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan untuk menjamin atau memastikan barangan yang dihasilkan atau perkhidmatan yang diberikan itu mematuhi piawaian mutu yang ditetapkan;

pengawalan perihal (perbuatan) mengawal:
~ penyakit tumbuhan dengan menggunakan racun kulat boleh dilaksanakan;

pengawal
1. orang yang mengawal, penjaga, pengawas:
Taruna dan Aduka sama-sama menjadi ~ dan pesuruh penghulu yang setia;

2. orang yang mengawal (mengetuai) jabatan kerajaan yang tertentu:
~ Hasil Dalam Negeri;
~ Kastam;

~ kampung pasukan (orang) yang bertugas secara sukarela untuk menjaga keselamatan kampung;
~ pantai (pasukan) petugas yang mengawasi lalu lintas kapal, mencegah penyeludupan, membantu kerja menyelamat di laut dan sebagainya.

berkongsi