kapal I

bahtera atau perahu besar yang ada geladak (biasanya digerakkan oleh jentera);
~ angkasa sejenis pesawat atau kenderaan (yang dilengkapi pelbagai alat) yang boleh bergerak di angkasa (biasanya untuk tujuan penyelidikan atau penjelajahan);
~ api = ~ asap kapal yang dijalankan dengan tenaga wap (asap);
~ belangkas kapal yang dijalankan dengan roda di buritannya;
~ calu kapal yang belayar ulang-alik dengan tetap;
~ capung [Indonesia] kapal terbang kecil (untuk latihan dan lain-lain);
~ dagang (niaga) kapal untuk mengangkut barang-barang dagangan;
~ haji kapal untuk membawa jemaah haji;
~ induk kapal perang yang membawa kapal terbang;
~ korek
a) = ~ keruk kapal yang mengorek tanah (untuk mendalamkan kuala sungai dan lain-lain);
b) jentera yang berupa kapal untuk mengorek tanah yang mengandungi bijih;
~ kontena kapal yang berfungsi khusus untuk mengangkut kargo yang dimuatkan di dalam kontena;
~ layar kapal yang bergerak dengan menggunakan layar;
~ mel [Indonesia] kapal yang membawa surat pos dan lain-lain;
~ mualim [Indonesia] = ~ pandu kapal yang memandu kapal-kapal lain masuk (keluar) pelabuhan;
~ pemair = ~ pemayar [Indonesia] sejenis kapal penjelajah atau peronda;
~ pembinasa kapal perang yang dipersenjatai dengan pelbagai senjata (seperti meriam, torpedo, dan sebagainya) untuk melindungi kapal-kapal lain daripada serangan;
~ pemburu kapal perang kecil yang laju;
~ pemecah ais sejenis kapal yang digunakan untuk memecahkan ais di kawasan perairan yang sejuk untuk memudahkan pelayaran;
~ pendarat kapal untuk mendaratkan tentera;
~ penempur kapal perang yang besar;
~ pengangkut kapal untuk mengangkut tentera dan lain-lain;
~ pengantar = ~ pengiring = ~ pengawal kapal perang yang menghantar (mengiringi) kapal yang belayar berderet-deret;
~ penjelajah kapal yang agak besar dan laju;
~ penumpang kapal yang mengangkut penumpang;
~ penyapu periuk api kapal untuk memusnahkan periuk api;
~ penyusur kapal yang belayar menyusur pantai;
~ perang kapal untuk berperang;
~ peronda kapal yang meronda untuk menjaga keamanan;
~ roda lambung kapal yang dijalankan dengan roda yang dipasang di bahagian lambung (belakang) kapal;
~ selam kapal yang dapat belayar di bawah permukaan air;
~ stim (wap) kapal yang digerakkan oleh stim;
~ tangki kapal besar untuk mengangkut cecair terutamanya minyak;
~ terbang
a) kenderaan berjentera yang boleh terbang;
b) belon yang boleh dikemudikan (berbentuk seperti cerut);
~ torpedo kapal yang kecil dan laju yang dipersenjatai dengan torpedo;
~ udara sejenis kapal berbentuk belon lonjong yang dapat terbang di udara dengan menggunakan gas ringan;
~ besar ditunda jongkong (peribahasa) orang berkuasa menurut perintah orang kecil (bawahan);
adat teluk timbunan ~ (peribahasa) orang kaya tempat tumpuan orang miskin mengadu hal dan lain-lain;
besar ~ besar gelombang (peribahasa) makin besar darjat (perniagaan) makin besar pula bencana (kerugian) yang menimpa;
satu ~ dua nakhoda (peribahasa)
a) satu pekerjaan dua orang yang mengarahkannya;
b) perempuan yang menduakan suami;
sepuluh ~ datang, anjing bercawat ekor juga (peribahasa) perihal rakyat yang tidak bertambah maju keadaannya meskipun banyak ilmu pengetahuan yang datang;

berkapal
1. mempunyai kapal;

2. belayar dengan kapal, menaiki kapal:
ia pergi ke Singapura ~;

berkapal-kapal banyak kapal, beberapa buah kapal:
~ diangkut barang rampasan itu;

mengapalkan
1. memuatkan ke dalam kapal;

2. mengirimkan melalui kapal;

perkapalan
1. perihal kapal (urusan dan lain-lain), yang berkaitan dengan kapal (dalam pelbagai aspek):
pegawai ~;
pusat ~;
kemudahan-kemudahan ~;

2. pelayaran dengan kapal:
beting ini menjadi halangan kepada ~;
sungai-sungai di situ tidak boleh digunakan untuk ~
;

3. tempat membuat kapal;

pengapalan pemuatan orang, barang-barang ke dalam kapal:
para perantara kuli mengatur ~ sejumlah kuli ke Pulau Pinang dan Singapura.

berkongsi