kali I

1. darab (digunakan untuk menggandakan, memperbesar, memperbanyak sesuatu jumlah atau bilangan):
tiga ~ empat (jadi) dua belas; hasil ~ hasil mendarabkan bilangan;
tanda ~ tanda x (dalam kira-kira darab);

2. waktu (kejadian dan lain-lain) yang berturutan atau berulang-ulang, ketika atau waktu berlakunya dan lain-lain sesuatu:
setiap ~ orang datang, ia disuruh keluar;
jam di dinding berbunyi lapan ~;
inilah ~ kedua berlakunya kemalangan di tempat itu minggu ini;
bilang ~
setiap kali;
julung ~ pertama kali;

kali-kali daftar hasil darab yang tersusun, sifir;

sekali
1. satu kali:
~ angkat saja, habis semuanya;
sambutan itu diadakan setahun ~;

2. suatu ketika (waktu dan sebagainya);
~ persetua (peristiwa) pada suatu kejadian (digunakan dalam sastera lama untuk memulakan cerita);

3. semuanya pada satu waktu (dilakukan, dikerjakan, dan lain-lain), pada waktu yang sama, sekali gus, (dengan) serentak:
menghulurkan empat keping tiket ~;
Menteri pun bangkit membuat laporan lalu mengusulkan ~ supaya rang undang-undang itu dibaca bagi kali yang ketiga;

4. semuanya atau seluruhnya bersama-sama (tidak ada kecualinya), berserta dengan yang lain(nya), juga:
kalau dia pun berada di situ, tangkap dia ~;
kaedah menulis karangan diberikan dalam setiap pelajaran dengan contoh dan latihannya ~;

5. amat, terlalu, sangat:
orang yang penting ~;
rumah itu bagus ~;
ia berada di muka ~;
~ lalu
a) = ~ imbas sepintas lalu, sambil lalu;
b) (dengan) serentak, sekali gus;
~ harung [bahasa percakapan] semuanya dibuat (dikerjakan, diselesaikan dan sebagainya) dengan satu kali sahaja atau secara serentak pada masa yang sama, sekali gus;

sekali-kali langsung, sama sekali, sedikit pun:
tak mahu ~;
jangan ~ berbohong;
masalah wanita dalam perundangan Islam tidak ~ boleh dilihat dari satu sudut sahaja;

sekali-sekali, sesekali, sekali-sekala kadang-kadang, ada kalanya:
~ ia pergi ke tingkap dan menjenguk ke luar;
sesekali pada waktu malam, terdengar juga bunyi ledakan meriam;
sekali-sekala kedengaran bunyi guruh mendayu-dayu;

sekalipun = jika…. ~ = walau….. ~ meskipun, walaupun, biarpun, sungguhpun:
aku tidak mahu menyalahkan sesiapa, ~ kau;
kalau sudah jadi saudagar kelak, walau saudagar kecil ~, tentu aku takkan hina benar lagi di mata orang;

bersekali bersama-sama sekali (dengan), berserta (dengan):
bawakan Balai Tinjau Maya, bidadari dan gajah putih sepasang ~ dengan rantai emas;

berkali-kali beberapa kali (berturut-turut), berulang kali, kerap kali, sering kali:
mereka membunyikan hon lori itu ~;
~ sudah saya ingatkan dia;

mengalikan, memperkalikan mendarabkan, menggandakan:
~ 2 dengan 7 (= 14);

kalian 1. = sekalian; 2. [bahasa percakapan] awak (kamu) semua:
biarlah ~ dulu, aku akan menyusul;
~ memang begitu, suami isteri serupa saja;
daftar ~
kali-kali, sifir;

sekalian
1. semua(nya), segala:
~ perompak kembali ke bahteranya;
kami dengan rendah hati mempersilakan anda ~ untuk mengirimkan rencana bahasa;

2. = kamu ~ kamu (awak) semuanya;

3. sekali jalan (membuat sesuatu di samping membuat sesuatu yang lain), serentak (melakukan dan lain-lain), sambil;

perkalian
1. pendaraban, perbanyakan, pergandaan;

2. hasil darab;

pengali [Indonesia] pendarab;

pekali angka yang ditulis sebelum sesuatu lambang:
dalam 7 abx, 7 ialah ~ bagi abx.

berkongsi