kaji I

1. pelajaran (agama dan lain-lain);
~nya masih rendah bacaan Qurannya masih sedikit;

2. cabang ilmu pengetahuan, pengetahuan atau penyelidikan (mengenai sesuatu);
pendek ~ pendek kata, pendeknya;
putus ~ sudah mengambil keputusan tetap (tidak boleh berubah lagi);
~ selidik kegiatan atau usaha mengkaji dan menyelidik untuk mengetahui kedudukan dan sebagainya sesuatu dengan nyata;
lancar ~ kerana diulang, pasar jalan kerana diturut (peribahasa) kepandaian (kemahiran) diperoleh kerana dibiasakan mengerjakannya;
sukar ~ pada orang alim, sukar wang pada orang kaya (peribahasa) [Minangkabau] orang berilmu tidak mudah atau cepat memutuskan sesuatu masalah atau membuat sesuatu keputusan dan orang kaya pula tidak mudah mengeluarkan wang kalau tidak mendatangkan keuntungan;

mengaji
1. = ~ Quran (belajar) membaca Quran;
(sudah) khatam ~ sudah selesai belajar membaca Quran (sudah boleh membaca Quran seluruhnya);
~ batang belajar membaca dengan tidak mengeja satu per satu perkataannya;

2. belajar, menuntut:
~ di sekolah kampung; akan ~ suratlah hilang, akan bertanya gurulah mati (peribahasa) keadaan sulit yang tiada dapat diselesaikan lagi kerana punca untuk menyelesaikannya tidak ada lagi;

mengajikan membaca Quran untuk (orang yang telah mati);

mengkaji menyelidik dan meneliti dengan mendalam atau terperinci (supaya benar-benar mengetahui sesuatu, supaya dapat membuat keputusan dan lain-lain):
sebuah jawatankuasa khas telah dibentuk untuk ~ rang undang-undang tersebut;
ia berfikir dalam-dalam sewaktu ~ buruk dan baiknya hal itu;

terkaji dapat diselidiki (diperiksa, diduga);
tidak ~ tidak dapat diselidiki, tidak terduga;

kajian
1. kegiatan (usaha, proses) mengkaji;
~ kes kajian tentang sesuatu isu (institusi, orang dan sebagainya) berdasarkan data, maklumat dan sebagainya terperinci yang dikumpulkan dalam jangka masa tertentu;

2. = pengajian;

pengajian
1. usaha atau kegiatan belajar membaca Quran, pembacaan Quran:
menjemput Pak Lebai kerana hendak diadakan kenduri berkhatam ~;

2. penyelidikan (yang mendalam atau terperinci), pelajaran atau perolehan pelajaran (yang mendalam atau di peringkat tinggi), kajian:
pegawai-pegawai dihantar untuk membuat ~ lanjutan untuk meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dan kepakaran dalam bidang bahasa dan sastera; tamat ~nya di Universiti Malaya;
Jabatan P~ Melayu di Universiti Malaya;
pusat ~ tinggi
universiti atau institusi pengajian yang setaraf dengan universiti;
P~ Jarak Jauh sistem pembelajaran secara sambilan yang ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi, yang menekankan pembelajaran secara sendiri di samping penggunaan bahan bantuan pembelajaran seperti pita rakaman, sesi tutorial dan sidang video;

pengkajian perihal mengkaji, penelitian, penyelidikan:
~ dan penilaian karya-karya sastera;
~ untuk mencari kegunaan baru getah masih dijalankan;

pengkaji (orang) yang mengkaji:
~ sastera Melayu moden;
~ cuaca.

berkongsi