kais

mengais, mengais-ngais
1. mencakar-cakar atau mengorek-ngorek tanah (seperti ayam yang mencari makanan), menggaru tanah (pasir):
hujung kakinya mengais-ngais tanah;

2. [kiasan] mencari rezeki dengan susah payah;
ibarat ayam, tiada ~ tiada makan (peribahasa) perihal orang miskin yang tiada makan kalau tidak bekerja;
~ pagi makan pagi, ~ petang makan petang (peribahasa) pendapatan hanya cukup untuk hidup sahaja (kalau tidak bekerja tidak akan makan);

mengaiskan
1. mencakarkan, menggarukan (jari kaki dan lain-lain);

2. [kiasan] mencarikan rezeki.

berkongsi