1. daya, kemampuan, keupayaan:
dia sudah mulai memakai fahamku, iaitu menghadapi hidup dengan ~ yang terdaya;
ala ~(nya) menurut daya atau kemampuan (seseorang);
menderma ~nya menderma menurut kemampuannya;
2. perkiraan yang memberikan (menyatakan) sesuatu kuantiti dalam hubungannya dengan sesuatu unit tertentu sebagai asas:
~ kelajuannya ialah 100 km sejam;
bilangan penduduk yang bertambah pada ~ 2% setahun;
~ kelahiran (kematian) bilangan yang dilahirkan (mati) dalam jangka waktu tertentu (lazimnya satu tahun) berbanding dengan jumlah penduduk;
3. jumlah atau banyaknya bayaran (cukai dan lain-lain) yang dikenakan dan sebagainya:
~ cukai pendapatan makin meningkat apabila pendapatan seseorang itu makin tinggi;
kerajaan juga menaikkan ~ faedah pinjaman bank daripada 6% kepada 8% untuk menarik simpanan asing;
~ faedah kadar yang ditetapkan terhadap sesuatu pinjaman atau deposit;
~ pertukaran asing nilai pertukaran sesuatu mata wang dengan mata wang yang lain;
4. perbandingan (berat, darjah, kuantiti, saiz), nisbah:
sebatian kimia yang sama terdiri daripada unsur-unsur yang sama yang berpadu antara satu sama lain dalam ~ berat yang sama;
kedua-dua oksida mengandungi unsur yang sama (magnesium dan oksigen) yang berpadu dalam ~ berat yang sama (3:2);
5. bahagian yang tulen (sejati) yang terkandung dalam sesuatu (seperti emas, perak, dan lain-lain):
~ emas dalam mata wang emas ini ialah 0.9;
6. harga, nilai, pangkat, taraf (darjat):
semuanya dianugerahi baginda persalinan masing-masing pada ~nya;
7. lebih kurang, kira-kira:
tahu juga patik barang ~nya;
memohonkan berhutang ~ lima puluh rial;
8. hitung panjang, rata-rata:
jika saya membeli daun teh 3 kati dengan harga 9 ringgit, saya membeli dengan ~ 3 ringgit satu kati;
9. = sekadar cuma, hanya (untuk):
akan Tun Ibrahim, hendak masuk takut, ~ berkeliling istana itu juga;
sekadar
1. selaras dengan (keperluan dan lain-lain), secara, sepadan, sesuai dengan:
~ yang diperlukan;
2. = sekadarkan cuma, hanya (untuk):
berjalan-jalan ini pun ~ menanti waktu maghrib;
hanya ~ berolok-olok belaka;
3. seperlunya (seadanya, semampunya, dan lain-lain):
sajian ~nya;
sekadar-kadaran seada-adanya, seadanya:
permintaan ini hanya ~ sahaja;
berkadar berimbang kadarnya atau nisbahnya (dengan sesuatu), menurut kadarnya atau nisbahnya (dengan sesuatu):
darjah pemanjangan sesuatu benda kenyal adalah ~ dengan isi padunya;
~ songsang menurut kadar yang sebaliknya;
~ terus menurut kadar yang sebenarnya;
kadaran (Tadb) cukai yang perlu dibayar oleh pemilik harta tanah kepada pihak berkuasa tempatan;
perkadaran perihal berkadar, perimbangan mengikut kadar:
jika ~ yang serupa dipindahkan pada setiap peringkat umur, pola yang lain masih tetap terhasil.