keping(an) kertas yang agak tebal dan keras (biasanya berbentuk empat persegi);
~ ahli kad sebagai tanda menjadi ahli (sesuatu perkumpulan dan sebagainya);
~ caj sejenis kad kredit yang pada asasnya memerlukan pemegang kad tersebut membayar segala perbelanjaan yang telah dibuatnya pada tarikh yang ditetapkan;
~ Hari Raya kad untuk mengucapkan selamat Hari Raya;
~ jaminan kad yang diberikan oleh sesebuah syarikat kepada pelanggan sebagai jaminan bahawa sebarang kerosakan yang berlaku pada barangan yang dijual dalam tempoh tertentu (selepas digunakan) akan dibaiki (diganti) tanpa sebarang bayaran;
~ jemputan = ~ undangan kad yang digunakan untuk menjemput orang (menghadiri sesuatu majlis dan sebagainya);
~ kredit kad yang menunjukkan keterangan seperti nama, tandatangan dan nombor kod pemegangnya yang membolehkan pemegang kad itu membuat pembelian (untuk barangan, perkhidmatan, dan sebagainya) secara kredit;
~ kuning (Suk) kad berwarna kuning yang ditunjukkan oleh pengadil kepada seseorang pemain sebagai tanda amaran kerana berlaku kasar, melawan pengadil dan sebagainya, biasanya dalam permainan bola sepak;
~ merah
a) kad jemputan kahwin;
b) (Suk) kad berwarna merah yang ditunjukkan kepada pemain sebagai tanda perintah keluar padang, biasanya dalam permainan bola sepak;
~ pengenalan kad yang mengandungi keterangan tertentu mengenai diri seseorang (namanya, alamatnya, bangsanya, dan lain-lain);
~ pintar kad plastik seakan-akan kad kredit yang boleh menyimpan dan memproses data komputer untuk pelbagai kegunaan.
kad
berkongsi