1. (digunakan untuk menyatakan keadaan yang sama atau serupa) pun:
ada ~ orang yang tahu perkara itu;
badannya tegap, adiknya ~ demikian;
2. (digunakan selepas kata sifat) agak:
gadis itu cantik ~, tetapi tidaklah secantik emaknya;
3. (digunakan untuk menunjukkan perulangan) lagi:
dulu saya yang menolongnya, sekarang saya ~ yang menolongnya;
4. (digunakan untuk menunjukkan perbuatan terus-menerus) terus:
walaupun dilarang dia masih ketawa ~;
Chia telah mati di situ ~;
5. (digunakan untuk menunjukkan tolak ansur) meskipun, walaupun:
sesiapa ~ yang datang, saya mengalu-alukannya;
6. (biasanya digunakan selepas kata penghubung tetapi atau atau untuk menunjukkan tokokan):
kamu bukan sahaja mesti belajar dengan tekun tetapi ~ mesti berbaik-baik antara satu sama lain;
7. (digunakan bersama dengan pun sebagai penegas):
saya berpuasa, dia pun berpuasa ~;
jua