jengkel

berasa sangat kesal (kerana tidak sampai maksud dan lain-lain), sebal hati, mendongkol:
~ hatiku melihat kelakuan gadis itu;

menjengkeli sebal hati terhadap:
kebanyakan orang kampung ~nya kerana tingkah lakunya;

menjengkelkan
1. berasa jengkel tentang sesuatu hal, mengesalkan hati:
tidaklah ini membosankan dan ~ hati;

2. menyebabkan kesal (sebal dan lain-lain):
perbuatan Ahmad ~ orang tuanya;

kejengkelan perihal jengkel (sebal dan lain-lain):
tindakan yang diambil itu ialah akibat ~nya melihat keadaan yang serba tidak terurus itu.

berkongsi