jawatankuasa

sekumpulan orang yang dilantik atau dipilih untuk melaksanakan atau mengurus tugas-tugas tertentu, panitia;
~ ad hoc jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk sesuatu tujuan tertentu tanpa perancangan awal;
~ induk jawatankuasa utama yang dibentuk bagi mengendalikan sesebuah majlis atau aktiviti, biasanya dianggotai oleh pengerusi jawatankuasa kecil;
~ kecil jawatankuasa yang dibentuk di bawah jawatankuasa induk untuk menjalankan tugas tertentu, biasanya jumlah keanggotaannya kecil;
~ pemandu jawatankuasa yang berfungsi menentukan tertib kegiatan tertentu serta mengawasi arah perjalanannya agar mencapai matlamat yang dikehendaki.

berkongsi