jawat

jabat, pegang;

sejawat
1. sejabatan;
rakan ~ kawan sekerja;

2. sama jawatan, sepekerjaan:
Perdana Menteri sedang meraikan rakan ~nya, Perdana Menteri Jepun;

berjawat berjabat, berpegang;
~ tangan berjabat tangan, bersalaman;

menjawat
1. memegang (tangan dan lain-lain):
~ lembing;
~ tangan;

2. menyambut, menerima;
~ anak yang lahir menyambut anak yang lahir;

3. menjabat, menerima sesuatu kedudukan atau pelantikan dan menjalankan tugas-tugas yang berkaitan, memegang jawatan:
dia anak Melayu yang mula-mula sekali ~ jawatan pemandu kapal terbang;

jawatan
1. kedudukan dalam pekerjaan yang menentukan tugas seseorang (seperti sebagai Ketua Pengarah, Pegawai Penyelidik, Setiausaha, Pengerusi, dan sebagainya):
dia memegang ~ Ketua Bahagian sejak lima tahun yang lalu;
meletakkan ~;

2. [sastera lama] tanda atau alat kebesaran;
payung ~ payung kebesaran;

3. [sastera lama] pegawai istana, bentara, sida-sida:
baginda dihadapi oleh sekalian ~nya;

4. [Indonesia] bahagian sesuatu kementerian dan lain-lain, jabatan;

5. [Indonesia] segala sesuatu yang berhubungan dengan kerajaan, urusan kerajaan;

6. [sastera lama] barang yang dipegang (dibawa dan lain-lain);
~ tera [Indonesia] jawatan metrologi (yang mengurus pengawasan dan pemeriksaan timbangan dan lain-lain);

sejawatan sama jawatan:
rakan ~;

berjawatan
1. memegang (mempunyai) jawatan:
ia sekarang ~ kerani di pejabat pos;

2. = ~ tinggi berpangkat tinggi;

perjawatan (segala sesuatu) yang berhubungan dengan jawatan (pelantikan, pemegangan, dan sebagainya, jawatan):
Bahagian P~ Jabatan Perkhidmatan Awam;

penjawat sl
1. penjabat, pemegang jawatan;
~ istana pekerja (pegawai) dalam istana;

2. hamba (biasanya wanita) yang melayani di istana.

berkongsi