1. besar jaraknya, tidak dekat:
rumahnya agak ~ dari kedai itu;
~ perjalanan, luas pemandangan, banyak pengalaman;
2. tempat yang besar jaraknya (dari tempat tertentu), tempat yang tidak dekat:
mereka datang dari ~ dan dekat;
3. jarak, antara:
berapa ~ lagi pergi ke Siam dari Alor Star?
4. amat sangat, terlampau sangat:
harga kain ~ lebih murah di Pulau Pinang daripada di sini;
~ daripada amat sangat tidak;
~ daripada cukup sangat tidak mencukupi;
~ daripada memuaskan sama sekali tidak memuaskan;
~ malam larut malam;
~ menyayup [Kedah] terlalu jauh;
~ pemandangan luas pemandangan, dalam pengetahuan;
lebih ~ selanjutnya, seterusnya;
~ bau bunga, dekat bau tahi (peribahasa) kalau jauh (kaum keluarga dan lain-lain) berkasih-kasihan, tetapi kalau berdekatan mereka saling berbantahan;
~ berjalan banyak pemandangan, lama hidup banyak dirasa (peribahasa) orang yang banyak mengembara dan lama hidup itu tentu sekali banyak pengalamannya dan luas pemandangannya;
~ menyalak kuat, dekat mencawat ekor (peribahasa) orang yang berani bercakap besar di belakang sahaja;
~ panggang dari api (peribahasa) jawaban atau sindiran yang tidak tepat;
nan ~ tiada terjelang, nan dekat tak tertandangi (peribahasa) tidak mengunjungi keluarga (sahabat) yang jauh mahupun dekat (kerana sudah tua, banyak pekerjaan, dan lain-lain);
telah ~ maka dipanggil (peribahasa) telah terlambat;
sejauh jauhnya, jaraknya:
ia berjalan kaki ~ dua batu;
~ mana had mana, hingga mana;
~-jauh hingga jauhnya;
~ mata memandang dalam jarak yang dapat dipandang oleh mata;
jauh-jauh sejauh mungkin, jauh sekali:
pergilah ~ agar tiada sesiapa pun boleh mengganggumu;
berjauh berada jauh, merenggang:
orang yang berpencak itu mula-mula ~, makin lama makin berdekat;
~ hati
a) kecil hati, hiba hati;
b) segan-segan;
berjauhan jauh antara satu sama lain, tidak berdekatan:
rumah mereka tidak ~ antara satu sama lain;
berjauh-jauhan
1. jauh letaknya (antara satu sama lain), tidak berhampiran:
kapal-kapal layar menjalankan perniagaan antara dua buah negeri yang ~;
2. saling berjauh, saling menghindari:
mereka kelihatan ~;
3. berebut-rebut siapa yang lebih jauh;
menjauh (semakin) menjadi jauh, menghindar (agar jauh);
menjauhi menjauhkan diri daripada, menghindari:
orang kampung berdoa supaya dijauhi daripada mara bahaya;
menjauhkan
1. menjadikan jauh, merenggangkan, menjarangkan, menjarakkan:
berus gigi yang hendak dimasukkan ke dalam mulutnya itu dijauhkannya semula;
2. menghindarkan, menyingkirkan;
~ bencana menghindarkan bencana;
~ diri menyingkirkan (menyisihkan) diri;
kejauhan
1. = jauhan tempat (jarak) yang jauh:
ombak memecah di ~ dan angin riuh menyapu puncak gunung;
2. terlalu jauh.