jatuh

1. turun ke bawah dengan cepat (berkenaan (dengan) buah, daun, rambut, dan lain-lain), gugur, luruh:
buku itu ~ dari tangannya;
~ terduduk (terhentak, tersungkur, tertiarap);
pandai ~
dapat mengelakkan celaan (kritikan dan lain-lain);

2. menjadi kurang (berkenaan (dengan) harga, nilai, dan lain-lain), turun, merosot:
nilai mata wang negeri itu semakin ~;

3. terbenam (berkenaan (dengan) matahari):
di sebelah matahari ~;

4. berbetulan dengan, bersamaan dengan, bertepatan dengan, tepat pada:
perkahwinannya ~ pada 6 Ogos;

5. (berkenaan (dengan) kerajaan, kabinet, dan lain-lain), bubar, berhenti melakukan tugas, ditiadakan, tumbang, tidak berhasil (lulus):
kerajaan itu ~ kerana undi tidak percaya;

6. bankrap, muflis:
perusahaannya ~ kerana tidak cukup modal;

7. tidak berhasil, tidak lulus:
anaknya ~ dalam peperiksaan tahun ini;

8. tidak dapat dipertahankan (dirampas musuh):
bandar itu telah ~ ke tangan musuh;

9. sampai (di), tiba (di):
hendak pergi ke Kedah ~ di Kelantan;

10. menjadi (miskin, sakit, dan lain-lain);
~ air muka menjadi malu;
~ bangun
a) rebah dan bangun lagi;
b) [kiasan] maju mundur (dalam kehidupan dan lain-lain);
~ bebas (Fizik) gerakan suatu jasad yang dipengaruhi oleh graviti sahaja, iaitu tidak ada daya lain yang bertindak;
~ cinta = ~ hati = ~ kasih menaruh cinta (kasih) pada;
~ colok menjadi miskin, hilang kemegahan;
~ hati
a) menaruh kasih (cinta) pada seseorang;
b) menaruh belas kasihan pada seseorang dan lain-lain;
~ ke atas memperoleh keuntungan (naik pangkat dan lain-lain);
~ ke bawah ki turun pangkat dan lain-lain;
~ ke tangan (musuh dan lain-lain) menjadi milik (musuh dan lain-lain);
~ ke tilam (di atas tilam, ke kasur, di atas kasur)
a) memperoleh kesenangan (kekayaan dan lain-lain);
b) walaupun mendapat kesulitan dan lain-lain tetapi tetap senang;
~ melarat menjadi melarat;
~ merek [Indonesia] mendapat nama buruk (nama merosot);
~ miskin menjadi miskin;
~ nama mendapat nama buruk;
~ pengsan menjadi pengsan;
~ sakit kena penyakit;
~ talak sampai (berlaku) talak;
~ tempoh sudah lewat tempohnya (waktunya);
~ (tidak) berkait (berjolok) (peribahasa) memperoleh sesuatu dengan sebab (tidak) diminta (diharapkan);
biar ~ terletak, jangan ~ terhempas (terhentak) (peribahasa) berhenti bekerja dengan kemahuan sendiri adalah lebih baik daripada dipecat;
busuk berbau, ~ berdebuk (peribahasa) kalau melakukan kesalahan (perkara-perkara yang tidak baik) akhirnya diketahui orang juga;
sudah ~ ditimpa tangga (peribahasa) kesusahan yang datang berturut-turut;

berjatuh [Indonesia] memberi sumbangan (derma dan lain-lain);

dijatuhi dikenakan, menjalani:
mereka yang melakukan kesalahan tersebut akan ~ hukuman menjadi hamba;

menjatuhi jatuh mengenai sesuatu:
jangan melepaskan kayu itu, nanti ~ tanaman;

menjatuhkan
1. melemparkan ke bawah, menggugurkan:
dengan sengaja dijatuhkannya benda dalam tangannya itu;

2. menurunkan (nilai, harga, dan lain-lain), memerosotkan:
musuh-musuh kita senantiasa cuba ~ nama baik kita;

3. menggagalkan, membubarkan, menumbangkan:
parti-parti pembangkang mencuba ~ kerajaan dengan undian tidak percaya;

4. menyebabkan (miskin, melarat, dan lain-lain);

5. mengenakan:
hakim telah ~ hukuman penjara atas pesalah itu;
ia memang tidak segan-segan ~ hukuman kepada penyokong-penyokong komunis;
~ denda mengenakan denda;
~ hukum memberi keputusan terhadap sesuatu perkara;
~ maruah menghina, memberi malu;
~ talak menceraikan (isteri);
~ tangan kepada menghukum, menangani;

terjatuh jatuh dengan tiba-tiba (tidak sengaja);
~ dihimpit jenjang (peribahasa) berturut-turut mendapat kesusahan;

kejatuhan
1. perihal jatuh, jatuhnya:
~ kerajaan yang dipimpin oleh PM yang tua itu telah lama diduga;

2. terkena (tertimpa) sesuatu yang jatuh;
~ bulan ki mendapat kebahagiaan (kesenangan).

berkongsi