integrasi

penggabungan atau pergabungan dua atau beberapa kaum (unsur, bahagian, dan lain-lain) menjadi satu kesatuan;
penyatuan:
soal ~ kaum ke arah satu masyarakat beridentiti Singapura;
pencapaian ~ budaya hanya mungkin tercapai dengan mencari ruang-ruang budaya yang membolehkan wujudnya kerjasama dalam erti yang sebenar;

berintegrasi bergabung, berpadu;

mengintegrasikan menggabungkan dua atau beberapa kaum (unsur, bahagian, dan lain-lain) menjadi satu kesatuan:
semua suku harus ~ diri menjadi satu keluarga besar bangsa Indonesia;
peranan pemasaran harus diperluas dan diintegrasikan dalam organisasi;

terintegrasi disatupadukan:
bangsa yang ~ kelompok etniknya;

pengintegrasian proses mengintegrasikan sesuatu (masyarakat, pandangan, dan lain-lain):
akademi gelanggang terbuka bagi ~ perspektif pelbagai bidang sains sosial;
ini merupakan kesan langsung daripada kegagalan ~ politik negara kota itu.

berkongsi