input

1. sumber yang diperlukan untuk pengeluaran:
~ pengeluaran elektronik kebanyakannya diimport oleh Malaysia untuk diproses;

2. (Komputer) perisian atau data yang dibawa ke dalam sistem untuk diproses;

3. sumber yang berupa maklumat, pengetahuan dan sebagainya yang berguna:
sidang itu bertujuan memberikan ~ kepada penggiat teater;
penceramah agama dari luar negara turut dijemput bagi membolehkan masyarakat Islam mendapat ~ yang lebih meluas;

4. (Fizik) daya penggerak atau isyarat yang dikenakan terhadap suatu litar, peranti atau mesin;

menginput (Komputer) memasukkan data, maklumat dan sebagainya ke dalam komputer:
~ data ke dalam komputer;
pengguna juga bertanggungjawab ~ data urusan melalui pangkalan data yang disediakan;

penginputan (Komputer) perihal menginput data dan sebagainya ke dalam komputer:
~ data ke dalam komputer sedang giat dijalankan.

berkongsi