inovasi

1. sesuatu yang baru diperkenalkan seperti kaedah, sistem, adat, dan lain-lain yang baru:
bank ini telah menghasilkan beberapa ~ dalam perkhidmatan bank, misalnya rangkaian mesin teler automatik;
ini bererti perancangan untuk mewujudkan ~ dan mencapai kemajuan perlu berlaku setiap masa;

2. perihal (tindakan dan sebagainya) mengadakan, memulakan, dan sebagainya sesuatu yang baru:
faktor penting ialah menggalakkan manusia menggunakan kebolehan kreativiti dan ~ mereka;

menginovasi membuat inovasi:
negara-negara membangun tidak berpeluang ~ teknologi tersebut;

penginovasi orang yang membuat inovasi, inovator:
~ teknologi.

berkongsi