injap

1. pintu pada bubu yang berbentuk corong untuk ikan masuk (tetapi menahannya daripada keluar), unjap, pelidah:
ikan besar tidak ada seekor pun, adakah kerana ~ lukah itu terlalu kecil?;
masuk ~
tertipu (tertangkap dan lain-lain);

2. benda yang mencegah cecair atau angin mengalir kembali (dalam paip, jantung, dan lain-lain):
salur darah mempunyai ~ bagi mencegah darah mengalir balik dari arahnya;
~ ini menyekat apabila minyak sudah penuh dalam luang pelampung;

3. (Biologi) segmen yang terjadi setelah pecahnya kelompang, sebelah daripada cepu debunga setelah pecah:
sebelum pucuk berdaun keluar, langgai-langgai ini pecah terbuka oleh lima buah ~ lalu melepas-bebaskan kekabu keluar.

berkongsi