ingkar

[Arab]

1. = ~ akan tidak membenarkan (mengaku), menafikan, menyangkal, mungkir:
jika mereka ~ akan apa yang tersebut itu maka terserahlah kepada Allah;

2. enggan, tidak menurut, tidak mahu:
ada orang yang ~ menderma;

3. penafian, penyangkalan, perihal memungkiri;

mengingkari memungkiri, menafikan, tidak mengakui (mentaati, menuruti, dan lain-lain), menderhakai:
banyak askar yang lari, yang menjadi lanun dan dengan berterang-terang ~ perintah-perintah waizuri;

keingkaran
1. perihal ingkar (menafikan dan lain-lain);

2. keengganan;

pengingkaran perihal mengingkari (menafikan, menyangkal, mungkir), penafian, penyangkalan, pemungkiran;

pengingkar orang atau pihak yang ingkar.

berkongsi