ingin

berasa mahu, hendak akan sesuatu, berhasrat:
sekarang ia ~ ketawa pula, ketawa sepuas-puasnya;
saya ~ bertemu dengannya apabila ia datang nanti;
~ akan sate;
~
dibuah manggis hutan, masak ranum tergantung tinggi (peribahasa) menghendaki sesuatu yang agak susah didapati;
~ hati memandang pulau, sampan ada pengayuh tiada (peribahasa) ingin hendak membuat sesuatu pekerjaan tetapi alatnya atau wang tidak cukup;

beringin berkehendak (akan), berharap (akan), berhasrat (akan):
~ akan mendapat seorang anak yang pandai;

beringinkan berkehendak akan, berharap akan;

mengingini, menginginkan
1. menghendaki, mengharapkan:
semua manusia ~ kesenangan hidup;

2. mengidamkan:
~ buah-buahan yang masam-masam;

memperingin, memperingini menaikkan hati (orang lain) supaya ingin akan sesuatu;

teringin sudah berasa ingin:
dia ~ hendak makan telur penyu;

keinginan apa-apa yang diingini atau diinginkan, kehendak, kemahuan;

berkeinginan mempunyai keinginan:
lelaki yang ~ melamar, dibenarkan melihat gadis idamannya menerusi penghantaran wakil-wakil selaku perisik.

berkongsi