1. masih ada dalam fikiran, tidak lupa:
ia masih ~ lagi namaku;
~-ingat lupa antara ingat dengan tidak ingat (tidak berapa ingat);
memberi ~ memberitahu (supaya ingat);
2. timbul lagi dalam fikiran, tahu, sedar:
sesampai di pejabat baru saya ~ bahawa saya belum makan pagi;
3. (dalam keadaan) sedar, siuman:
setelah beberapa lama pengsan maka ~lah ia akan dirinya;
~ akan keadaan diri sedar akan hal diri;
tidak ~
a) terlupa;
b) tidak sedarkan diri, pengsan;
4. = ingat-ingat hati-hati, berjaga-jaga, bersedia-sedia:
kata orang tua-tua, ~ sebelum kena;
5. [bahasa percakapan] bercadang, berhajat, berniat:
dia ~ nak bertolak semalam tetapi tak sempat;
6. [bahasa percakapan] fikir, rasa:
saya ~ perkara ini mesti diselesaikan dengan segera;
~ ranting yang akan melenting, dahan yang akan mencucuk, duri yang akan mengait (peribahasa) ketika membuat sesuatu pekerjaan hendaklah sentiasa berhati-hati terhadap segala bahaya dan rintangan;
~ sebelum kena, jimat sebelum habis (peribahasa) hendaklah sentiasa berhati-hati supaya jangan terpedaya dan habis harta;
~ yang di atas, yang di bawah akan menimpa (peribahasa) [Minangkabau] orang yang berkuasa hendaklah berhati-hati menjalankan kewajibannya (jangan sampai orang yang di bawahnya disusahkan atau menentangnya);
seingat, seingat-ingat sepanjang ingatan (seseorang):
selama bekerja dengan Datuk dan berpuankan Datin, ~ saya, dia tidak pernah membantah;
berseingat [arkaik] berhati-hati;
~ diri berhati-hati supaya diri selamat;
beringat, beringat-ingat berjaga-jaga, berhati-hati, cermat:
dia sangat ~ pada masa berucap itu agar jangan tersinggung sesiapa;
mengingat
1. ingat (akan):
dia cuba ~ kembali perkara-perkara yang telah dipercakapkan;
2. duli (akan), mengenang:
beliau meminta supaya tiap-tiap anggota polis itu sentiasa ~ bagaimana dia akan mendapat rezeki esok;
mengingati mengingat akan:
dia sentiasa ~ pesan ibunya;
kata-kata cikgu tadi diingatinya kembali;
mengingatkan
1. mengingat akan:
keningnya kelihatan berkerut-kerut seperti orang yang sedang ~ sesuatu;
2. memberi ingat, memberi nasihat, dan lain-lain supaya sedar akan tanggungjawab (kewajiban, tugas, dan lain-lain):
ibunya pernah ~ bahawa tidak ada sebaik-baik tempat untuk mengadu selain daripada Tuhan;
3. menimbulkan ingatan (menyebabkan terkenang):
sepasang kasut hitam yang telah tembus tapaknya ~ dia kepada pak ciknya di kampung;
memperingati
1. mengenangkan sesuatu peristiwa dan sebagainya dengan perayaan (kenduri dan lain-lain):
perayaan itu diadakan kerana ~ hari tertubuhnya Malaysia;
2. mencatat, membuat peringatan (dalam buku dan lain-lain);
memperingatkan memberi ingat, memberi nasihat dan lain-lain supaya sedar akan tanggungjawab dan lain-lain:
saya telah banyak kali ~ mereka tentang bahaya bermain bunga api dekat rumah;
teringat ingat dengan tiba-tiba, terkenang, timbul dalam fikiran:
dia ~ satu kisah yang hampir-hampir sama dengan pengalamannya sekarang;
teringat-ingat terkenang-kenang, sentiasa ingat, tergambar dalam ingatan:
walaupun telah lama berpisah tetapi saya masih ~ mukanya yang sentiasa tersenyum itu;
teringatkan teringat akan;
ingatan
1. sesuatu yang diingat, sesuatu yang timbul dalam fikiran:
kalau tak salah ~ saya orang itu pernah datang meminta kerja di pejabat ini;
2. kuasa untuk mengingat sesuatu (yang didengar, dipelajari, dibaca, dilihat, dan lain-lain):
walaupun umurnya telah lanjut ~nya masih kuat lagi;
(menjawab) dengan ~ (menjawab soalan) dengan apa yang ada dalam ingatan (dengan tidak melihat buku catatan);
3. fikiran, kesedaran, sesuatu yang terbit dalam fikiran:
tiba-tiba ~nya melayang kepada isteri dan anak-anaknya yang berada di kampung;
pada masa itu ~ku hanya satu iaitu hendak menjadi seorang pelukis yang terkemuka;
hilang ~ pengsan, tidak sedarkan diri;
~nya kurang baik fikirannya kurang sempurna (hampir-hampir nak gila);
sakit ~ sakit otak (gila);
4. perhatian:
sila ambil ~ bahawa kerja ini mesti disiapkan dalam tempoh seminggu lagi;
5. (Komputer) bahagian di dalam komputer yang menyimpan maklumat;