ingat-ingatan

1. kenang-kenangan:
pada masa hidup kita hendaklah membuat jasa untuk menjadi ~ dan sebut-sebutan orang di belakang hari;

2. tidak berapa ingat, ingat lupa;

peringatan
1. nasihat (teguran dan lain-lain) untuk diingati:
saya telah beberapa kali mengingatkan dia tentang kecuaiannya itu tetapi ~ saya tidak dipedulikannya;

2. catatan, keterangan:
semua perkara besar yang berlaku tiap-tiap hari dicatatnya dalam sebuah buku ~;

3. sesuatu yang digunakan untuk memperingati atau mengenang sesuatu, kenang-kenangan:
ia membeli sebuah lencana kecil tanda ~ menyambut kemerdekaan;
tugu ~;

4. ingatan:
~ manusia hanya singkat sahaja;

pengingatan perihal mengingati (mengingatkan);

pengingat orang yang tidak mudah lupa sesuatu (yang didengar, dipelajari, dibaca, dilihat, dan lain-lain):
dia itu ~ benar orangnya.

berkongsi