indeks

1. daftar kata penting menurut abjad berserta nombor halaman terdapatnya kata tersebut, biasanya diletakkan di bahagian akhir sesebuah buku;

2. senarai tajuk buku, nama pengarang dan sebagainya yang disusun secara sistematik pada kad di perpustakaan, faharasat, katalog;

3. (Ekonomi) laporan secara statistik yang digunakan sebagai petunjuk untuk mengukur prestasi harga, jumlah atau perkembangan sesuatu kumpulan barang atau aset, atau keadaan ekonomi pada suatu masa atau tempoh masa tertentu:
~ kewangan;
~ emas;
~ emas (Ekonomi) indeks yang komponennya terdiri daripada semua kaunter yang tersenarai di papan utama dan merupakan salah satu indeks yang menggambarkan prestasi harga keseluruhan pasaran;
~ harga (Ekonomi) penunjuk purata harga sekumpulan barang bagi satu tempoh berbanding dengan purata harga bagi barang yang sama pada satu tahun asas;
~ harga pengguna (Ekonomi) indeks harga yang menggambarkan perubahan harga runcit barang pengguna yang menjadi penunjuk penting bagi sesebuah negara dan digunakan untuk mengira kadar inflasi dan kos sara hidup;
~ industri (Ekonomi) indeks yang komponennya terdiri daripada 30 syarikat yang disenaraikan bagi sektor industri sahaja, yang menggambarkan prestasi harga sektor ini;
~ kewangan (Ekonomi) indeks yang komponennya terdiri daripada syarikat yang tersenarai bagi sektor kewangan sahaja, termasuklah syarikat insurans di bank, yang menggambarkan prestasi harga sektor ini;
~ komposit (Ekonomi) indeks yang komponennya terdiri daripada syarikat berkualiti tinggi dalam pelbagai sektor pasaran saham yang menggambarkan prestasi harga keseluruhan pasaran;
~ komposit BSKL (Ekonomi) indeks pasaran yang terdiri daripada 100 kaunter daripada kesemua sektor saham yang diurusniagakan di BSKL;
~ kualiti udara (Geografi) indeks bagi bahan cemar yang diperoleh secara arbitrari yang memberikan satu nombor untuk menilai aras kualiti udara;
~ perladangan (Ekonomi) indeks yang komponennya terdiri daripada syarikat yang disenaraikan bagi sektor perladangan sahaja, yang menggambarkan prestasi harga sektor ini;
mengindeks memasukkan (menyenaraikan) sesuatu dalam bentuk indeks:
nama yang diindeks di sini mengikut nama yang sering digunakan;

pengindeksan perihal, proses atau perbuatan mengindeks:
perpustakaan digital perlu meneruskan fungsi pembangunan koleksi, pengkatalogan dan ~, peminjaman, pengedaran, rujukan, selain perkongsian maklumat.

berkongsi