(Perubatan) terlindung daripada atau tidak dapat diserang oleh sesuatu penyakit tertentu kerana adanya antibodi, inokulasi dan sebagainya, lali:
~ terhadap rubela;
mengimunkan membuat seseorang imun terhadap sesuatu penyakit atau jangkitan, terutamanya dengan menyuntiknya dengan vaksin, melalikan:
mereka sudah diimunkan terhadap cacar;
keimunan keupayaan manusia dan haiwan melawan sesuatu penyakit, jangkitan dan sebagainya melalui tindakan antibodi atau vaksin:
~ terhadap polio;
pengimunan perihal (tindakan, proses dan sebagainya) melindungi seseorang daripada penyakit dengan memberi suntikan vaksin, pelalian:
program ~ orang ramai terhadap virus hepatitis B.
berkongsi