implikasi

1. sesuatu (maksud, tujuan, dan sebagainya) yang disindirkan atau dibayangkan, tetapi tidak dinyatakan secara terus terang:
apakah ~ kata-kata kamu itu?

2. kiasan, bayangan (tidak terus terang):
kita tidak dapat memaafkan Rahim yang membiarkan si ibu terus tidak mengetahui apa-apa, kalaupun secara ~;

3. kesan (kemungkinan dan sebagainya) yang terbit atau dapat ditakrif daripada sesuatu:
~ perkembangan ekonomi ini terhadap keluarga Melayu amat jelas;

berimplikasi mempunyai implikasi:
perhubungan antara fakta dengan teori yang ~ besar terhadap skop analisis sosiologi;

mengimplikasi membuat implikasi;

mengimplikasikan membayangkan:
adakah peristiwa ini ~ bahawa masyarakat kita begitu mudah diperalatkan untuk kepentingan pihak yang ingin mencari pengaruh?

berkongsi