1. tidak tegak betul, senget ke suatu pihak, miring ke sebelah, tidak bulat betul (herot):
meja itu ~ kerana kakinya tidak sama panjang;
2. [kiasan] berat sebelah, tidak adil (keputusan, hukuman, dan lain-lain), tidak seimbang:
keputusan pertandingan itu ~;
mengimbal
1. menjadi imbal (tidak tegak betul, senget, dan sebagainya), menyenget, mengherot:
tiang itu ~;
2. menjadi imbal (berat sebelah, tidak adil, dan sebagainya):
pertimbangannya mulai ~;
mengimbalkan
1. menjadikan imbal (tidak tegak betul, senget, dan sebagainya), menyengetkan, mengherotkan;
2. menjadikan imbal (berat sebelah, tidak adil, dan sebagainya);
pengimbalan
1. perihal mengimbal atau mengimbalkan, penyengetan, pengherotan;
2. perihal menjadi(kan) berat sebelah, tidak adil dan sebagainya;
pengimbal alat untuk mengimbalkan sesuatu.