iktikad

[Arab] kepercayaan atau keyakinan di dalam hati yang berkaitan dengan Rukun Iman:
ada orang kita yang telah mulai terpesong ~nya;
agama Islam terdiri daripada bahagian batin dan bahagian zahir, bahagian batin itu adalah mengenai iman atau ~;
dengan ~ baik
dengan maksud yang baik;

beriktikad menaruh penuh keyakinan atau kepercayaan di dalam hati, percaya benar-benar;
yakin:
kita mestilah ~ bahawa Allah itu ada;

mengiktikadkan meyakini, percaya akan, mempercayai:
asal mula erti kata al-jihad ialah mengeluarkan segala kesungguhan, kekuatan dan kesanggupan yang diiktikadkan oleh manusia bahawa jalan itulah yang hak dan benar.

berkongsi