ikat

1. alat (tali, benang, kain, dan lain-lain) untuk mengebat (memberkas, membebat, menggabungkan);
~ kepala kain yang diikatkan di kepala;
~ pinggang kain (kulit dan lain-lain) untuk mengebat pinggang, tali pinggang;

2. bingkai (daripada logam dan lain-lain) untuk mencengkam atau memegang satu benda lain;
~ kolam tepi kolam yang dibuat daripada batu dan lain-lain;
cincin ~ belanda;

3. berkas, kumpulan, gabungan:
se~ sirih;
tiga ~ kayu api;

4. [sastera lama] cara mengatur atau menyusun barisan (pasukan dan lain-lain);
~ perang susunan barisan atau pasukan dalam peperangan;
~ jamin jaminan dengan bayaran sejumlah wang sebagai cagaran untuk memastikan bahawa orang yang dituduh akan menghadirkan diri untuk perbicaraannya;
~ mati ikatan yang tidak boleh dibuka atau diungkai;
~ boleh diubah, takuk bagaimana mengubahnya (peribahasa) payah hendak mengubah tabiat orang;
se~ bagai sirih, serumpun bagai serai (peribahasa) bersatu padu dalam segala hal;

berikat
1. ada ikatnya, diikat, memakai ikat:
hulu pedangnya ~ emas;

2. bersekutu, bergabung:
peperangan antara pihak ~ (British, Amerika, Perancis, dan Belanda) dengan Jepun telah dimulai pada 8 Disember 1941;

mengikat
1. melilit-lilitkan dan menyimpulkan tali dan lain-lain pada anggota (dan lain-lain) haiwan atau orang (supaya tidak dapat melarikan diri) atau pada bungkusan (kumpulan dan lain-lain) barang supaya tidak terburai dan sebagainya, membuat jadi berikat dengan tali dan lain-lain, membebat, memberkas:
bungkusan barang yang hendak dikirimkan ke luar negeri itu perlu diikat pula;

2. [kiasan] memaksa (seseorang atau sesuatu) supaya patuh kepada segala peraturan (syarat, kehendak, dan sebagainya) yang tertentu, membelenggu, mengongkong:
undang-undang dan peraturan yang ~ kebebasan seseorang;

3. menyusun, mengarang (syair, pantun sajak, dan lain-lain);

4. mengatur atau menyusun pasukan (barisan dan lain-lain);
~ perang mengatur pasukan-pasukan dalam peperangan;

5. memberi berbingkai (batu permata dan lain-lain), menyaluntukan (dengan emas dan lain-lain):
~ batu akik dengan suasa;

6. memakai, memasang:
~ kain;
~ serban;
~ tali leher;
~ tengkolok;

7. membuat:
mereka telah ~ perjanjian untuk mengenakan pemulauan ekonomi;
~ hati (perhatian)
menarik hati (perhatian);
~ jamin memberi jaminan (supaya orang yang dituduh dapat bebas sehingga dibicarakan);
~ janji berjanji (menguatkan janji);
~ jiwa
a) menarik hati;
b) merayukan hati;
~ perkenalan berkenalan;
~ (tali) pertunangan bertunang;
~ perut mengurangkan makan kerana susah;
~ tali persahabatan bersahabat;
bagai diikat dengan sehasta tali (peribahasa) tidak dapat berbuat sekehendak hati;

mengikatkan mengikat pada, mengikat dengan (untuk), mempertalikan (dengan), menambatkan;

terikat
1. (telah) diikat:
tangannya ~ ke belakang dengan dawai halus;

2. tertakluk (kepada), tidak bebas daripada, terkongkong oleh:
orang berhutang ~;
tidak ~ kepada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan;

ikatan
1. cara mengikat:
~ tengkoloknya kemas dan cantik;

2. yang telah diikat;

3. sesuatu yang telah diikat dengan tali dan lain-lain, berkas, kumpulan:
rotan itu ~nya kecil-kecil;

4. susunan (rangkaian, hubungan) kata-kata dan sebagainya:
~ ayatnya terang hingga mudah difahami;

5. pertalian (yang erat), perkaitan:
peristiwa ini jelas membuktikan bahawa ~-~ tradisi atau sifat-sifat ketimuran pada dasarnya mengikat rohani kita;
~ darah = ~ keluarga
hubungan kekeluargaan;

6. persatuan, perkumpulan:
~ pelajar;

7. (Kimia) daya tarikan yang mengikat atom-atom dalam molekul atau kekisi hablur (yang terbentuk akibat cas elektrostatik yang ada pada elektron dan nukleus atom);
~ berganda sejenis ikatan yang terbentuk antara dua atom secara perkongsian dua atau lebih pasangan elektron;
~ berkutub sejenis ikatan kovalen yang terbentuk antara dua atom yang berbeza sifat elektronegatif masing-masing;
~ ganda dua sejenis ikatan kovalen yang terbentuk antara dua atom hasil daripada perkongsian dua pasangan elektron;
~ ganda tiga sejenis ikatan kovalen yang terbentuk antara dua atom hasil daripada perkongsian tiga pasangan elektron;
~ hidrogen daya tarikan yang wujud antara atom hidrogen (dalam ikatan berkutub) dengan atom elektronegatif seperti oksigen, nitrogen, atau fluorin yang terikat pada molekul lain;
~ ion = ~ ionik sejenis ikatan yang terbentuk dalam sebatian melalui pemindahan elektron;
~ koordinat sejenis ikatan kovalen yang kedua-dua elektron yang dikongsi disediakan oleh satu daripada atom;
~ kovalen sejenis ikatan yang terbentuk antara dua atom apabila setiap atom itu berkongsi elektron untuk membentuk pasangan elektron;
~ logam sejenis ikatan yang terbentuk dalam hablur logam apabila ion positif logam tersusun mengikut bentuk kekisi dalam lautan elektron yang bebas;
~ peptida (Biologi) ikatan kimia di antara kumpulan karboksil pada satu asid amino dengan kumpulan amino pada asid amino lain, yang merupakan ikatan utama kesemua struktur protein;
~ tunggal sejenis ikatan kovalen yang terbentuk antara dua atom hasil daripada perkongsian sepasang elektron;

keterikatan perihal terikat (berkaitan erat), keadaan (unsur-unsur dan lain-lain) terikat antara satu sama lain, terikatnya:
~ episod demi episod hanyalah atas kepentingan adegan tersebut;
~ kita yang begitu kuat kepada tradisi telah mengeratkan hubungan kekeluargaan;

perikatan
1. perhubungan, pertalian;

2. persekutuan, gabungan:
beberapa buah parti politik yang sehaluan sedang berura-ura hendak menubuhkan sebuah ~;

pengikatan perihal atau perbuatan mengikat;
~ nitrogen
(Biologi)

1. proses pernukaran nitrogen atmosfera menjadi bahan bernitrogen(seperti ammonia) oleh sesetengah bakteria tanah (seperti Rhizobium), alga biru hijau, dan kulat;

2. proses pernukaran nitrogen atmosfera menjadi asid nitrik oleh kilat;

pengikat
1. alat (tali, benda, dan lain-lain) untuk mengikat:
sebelum bungkusan itu dibuka, ~nya diuraikan dahulu;

2. orang yang mengikat;

3. sesuatu yang mengikat perhubungan (seperti persahabatan, pertunangan, kasih sayang, dan sebagainya):
cincin itu kuberikan kepadanya sebagai tanda ~ kasih.

berkongsi