ijazah

1. [sastera lama] izin, kebenaran;
memohon ~ memohon izin (untuk membuat sesuatu);

2. surat akuan yang diberikan oleh universiti sebagai tanda tamat belajar dan telah lulus dalam peperiksaan:
pada tahun ini, istiadat menyampaikan ~ akan diadakan di bangunan Parlimen;~ am kelas ijazah sarjana muda yang dianugerahkan kepada siswazah yang tahap pencapaian akademiknya sekadar lulus sahaja;
~ kepujian kelas ijazah sarjana muda yang dianugerahkan kepada siswazah yang tahap pencapaian akademiknya sangat baik atau cemerlang;

berijazah mempunyai (mendapat) ijazah:
di tanah air kita sekarang, sudah banyak bilangan orang yang ~ tinggi;

pengijazahan penganugerahan atau pemberian ijazah:
UPM akan memberi kredit ~ kepada beberapa aktiviti kokurikulum.

berkongsi