mengigau
1. bercakap pada masa tidur, meracau (semasa sedang tidur):
Min, kau ~ nak, mengucaplah;
2. bercakap yang tidak tentu hujung pangkalnya, meracau;
3. bercakap yang bukan-bukan, merepek;
mengigaukan memimpikan sesuatu, mengigau dengan menyebut sesuatu:
entah apa yang diigaukannya semalam;
terigau-igau termimpi-mimpi:
kecantikan dan kehalusan budi gadis itulah yang menyebabkan ramai pemuda kampung itu ~ kepadanya;
igauan
1. apa yang disebut pada waktu mengigau:
tiba-tiba dia terdengar pula rintihan dan ~ isterinya;
2. cakap yang bukan-bukan;
igau-igauan dalam keadaan mengigau, sudah bangun tidur tetapi masih lagi mengantuk;
pengigau (orang yang) selalu mengigau.
berkongsi