ia I

1. kata ganti diri ketiga (bagi laki-laki atau perempuan), dia:
hari ni ~ tidak datang ke pejabat;

2. kata ganti benda yang dibicarakan:
hatta harta yang ada akan kita bahagi-bahagikan atas keyakinan bahawa ~ menjadi bekalan yang dapat menolongnya di akhirat nanti;
inilah ganti rugi saman malu yang paling besar dalam sejarah negara kita walaupun ~ hanya separuh daripada yang dituntut.

seia = ~ sekata sama-sama bersetuju dalam semua perkara, semuafakat:
suami isteri itu hidup bahagia kerana mereka sentiasa ~;

beria
1. berkata ya;

2. bercakap-cakap, bermesyuarat;

beria-ia
1. bercakap-cakap, bermesyuarat:
isterinya sendiri bukanlah pantas untuk lawan ~ bermesyuarat;

2. selalu berkata ya;

3. bersungguh-sungguh:
dia ~ benar mengajak saya ke rumahnya;

mengia mengatakan ia (sebagai menjawab pertanyaan dan sebagainya):
pelajar itu ~;

mengiakan mengatakan ia (terhadap sesuatu), mengakui, menyetujui, membenarkan (sesuatu perkara, keterangan, cerita):
dia mengangguk-anggukkan kepalanya ~ cerita itu;

pengiaan perihal mengiakan sesuatu perkara, persetujuan, pengakuan, pengesahan;

ialah
1. kata penghubung yang menerangkan kata atau ayat yang di depan;

2. kata penghubung yang mendahului ayat yang menyatakan sebab (terjadinya sesuatu dan lain-lain):
punca kemalangan itu ~ kecuaian;

3. kata yang menjadi pemerihal atau perangkai antara subjek dengan frasa utama bagi predikat sesuatu ayat:
jumlah kematian yang disahkan ~ 22 orang;

iaitu kata yang digunakan untuk menentukan atau menjelaskan apa yang tersebut sebelumnya.

berkongsi