1. wang dan lain-lain yang dipinjam daripada orang lain:
jangan-jangan ~ itu tak terbayar lagi;
belian (jualan) ~ belian (jualan) yang bayarannya ditangguhkan;
membayar ~ mengembalikan wang dan lain-lain yang dipinjam dari orang lain;
memberi ~ memberi pinjaman wang;
menagih ~ memungut (menuntut kembali) wang yang dipinjamkan;
mendapat ~ mendapat pinjaman wang;
2. kewajiban (perasaan berkewajiban) membayar balik sesuatu yang diterima;
~ bercagar hutang yang diberikan dengan si berhutang mencagarkan sesuatu (seperti barang-barang kemas, rumah, tanah, dan sebagainya);
~ budi kebaikan yang diperoleh dan yang harus dibalas;
~ darah tuntutan bela (atau bayaran) terhadap seseorang (pihak dan lain-lain) yang telah melakukan kekejaman dan lain-lain;
~ lapuk hutang yang tidak berbayar;
~ piutang (wang) yang dipinjam dari dan yang dipinjamkan kepada orang lain, berbagai-bagai hutang;
~ (di) sekeliling pinggang terlalu banyak hutang;
surat ~ surat pengakuan hutang;
~ biduk belum langsai, ~ pengayuh tiba pula = ~ samir belum langsai, ~ kajang datang pula = ~ tembilang belum langsai, ~ tajak tiba pula (peribahasa) hutang yang lama masih belum habis dibayar datang pula orang menagih hutang yang baru;
~ sebelit (selilit) pinggang = ~ tiap helai bulu = sebanyak ~ si Jibun (peribahasa) seseorang yang sangat banyak hutangnya;
berhutang mempunyai hutang (kepada), meminjam wang dan lain-lain daripada seseorang:
ia pernah ~ pada ceti;
si ~ orang yang berhutang;
tempat ~ orang dan lain-lain yang memberi hutang;
~ berbaris [bahasa percakapan] berhutang banyak-banyak (daripada berbagai-bagai punca);
~ budi menerima kebaikan orang lain (wajib membalas kebaikan orang);
~ nyawa terselamat hidupnya (terselamat oleh pertolongan orang);
menghutangkan, memperhutangkan meminjamkan wang atau benda kepada seseorang;
terhutang
1. sudah berhutang;
2. ~ budi sudah menerima kebaikan orang (tetapi belum berbalas);
hutangan [Indonesia] wang (benda) yang didapati kerana berhutang;
orang ~ [Indonesia] [arkaik] orang yang berhutang;
perhutangan perihal hutang-berhutang;
orang ~ [Indonesia] [arkaik] orang yang memberi hutang (peminta, pemungut, atau penagih hutang);
penghutang orang atau pihak yang berhutang, peminjam wang:
cagaran merupakan jaminan untuk pemiutang jika ~ tidak memenuhi kewajiban atau gagal membayar kembali pinjamannya.