hurai

menghurai menjadi lepas terbuka (berjurai dan sebagainya), menjadi (berada dalam keadaan) tidak terikat (tersimpul, berjalinan, bertaut, dan sebagainya), mengurai:
rambutnya yang berkilat dan panjang itu ~ ke hadapan;

menghuraikan
1. membuka simpul atau ikatan (tali, bungkusan, dan sebagainya), menguraikan:
ketika ~ tali itu dia teringat hendak memberi minum lembu itu;
maka Hang Jebat pun minta huraikan balut lukanya;

2. memisahkan (menceraikan) bahagian-bahagian sesuatu untuk menjelaskannya dan sebagainya;
~ ayat mencerai-ceraikan bahagian ayat (mengikut fungsi kata-katanya, atau jenis kata-katanya);

3. membentangkan dan menerangkan (kedudukan, masalah, kebaikan, atau keburukan sesuatu) dengan panjang lebar dan teratur:
Menteri Kewangan ~ kedudukan ekonomi negara;
Profesor Hegesus terus ~ bahaya-bahaya daripada Rancangan Marshall;
~ hikmat ibadat puasa;

4. memecahkan (sesuatu masalah, persoalan, dan sebagainya) sebagai usaha mencari penyelesaian:
Soal tanah dan kemiskinan tak dapat dihuraikan dengan undang-undang, katanya;

terhurai
1. (berada dalam keadaan) tidak lagi terikat (tersimpul, berjalin, dan sebagainya), sudah lepas terbuka (berjurai dan sebagainya), sudah dihuraikan, terurai:
seorang perempuan muda, rambutnya ~, tunduk ke tanah;
ikatan itu ~;

2. sudah dibentangkan (dipaparkan) dan diterangkan dengan teratur (berkenaan (dengan) sesuatu perkara, kedudukan, masalah, dan lain-lain);

huraian
1. keterangan yang (agak) panjang lebar lagi teratur (untuk menjelaskan sesuatu perkara, kedudukan, masalah, pendapat, dan lain-lain):
disediakan juga dalam buku ini ~ tentang cara menulis dan memahami karya sastera, baik sastera lama ataupun sastera moden;
jawab soalan-soalan di bawah ini dengan ~ atau perbincangan yang mengandungi kira-kira 100 hingga 150 perkataan tiap-tiap satu;

2. hasil menghuraikan, hasil daripada yang dihuraikan, kesimpulan:
kerana orang-orang yang melakukan kesalahan itu selalunya terlepas daripada dihukum oleh kekurangan keterangan, maka satu-satunya ~ ialah membunuh lanun-lanun itu pada masa kejadian;

penghuraian perihal (usaha dan sebagainya) menghuraikan:
soal ini agak rumit dan hanya dapat dibuat suatu ~ secara ringkas dan umum;

urai.

berkongsi