hujung

1. bahagian yang terakhir dari sesuatu yang panjang (seperti jalan, tali, dan lain-lain), punca, lawan pangkal:
rumahnya terletak nun di ~ jalan;
~ galah;

2. akhir (bulan, minggu, tahun, dan lain-lain):
saya akan bercuti panjang pada ~ tahun ini;
ia pulang ke kampung tiap-tiap ~ minggu;
yang paling ~
yang kemudian (penghabisan dan lain-lain) sekali;

3. kesudahan (percakapan, mesyuarat, dan lain-lain):
kedua-dua pihak telah mengeluarkan suatu kenyataan bersama di ~ pertemuan;

4. tempat yang terjauh dari orang yang bercakap, tempat yang terjauh dari pusat, yang dekat dengan tepi (bandar, kampung, dan lain-lain):
saya tinggal di ~ bandar Kuala Lumpur;
suara azan dari langgar di ~ kampung sudah hilang;

5. bahagian yang tajam (lancip):
~ hidung (kepala, lembing, panah, pensel, pokok, tanduk, dan lain-lain);

6. bahagian tanah (daratan) yang menganjur ke laut dan lain-lain;
~ tanah bahagian selatan sekali dari Semenanjung Malaysia;

7. tujuan (maksud) perkataan dan lain-lain:
barangkali tuan-tuan dapat menangkap ~ percakapan saya itu;
~ lidah

a) bahagian lidah yang di hadapan sekali;
b) = sambungan ~ [Minangkabau] orang yang menyampaikan ucapan (pesanan dan lain-lain) orang lain pada sesuatu majlis dan lain-lain;
~ mata
a) penjuru mata yang di sebelah luar, ekor mata;
b) bahagian yang tajam pada alat pemotong (kikir, pisau, dan lain-lain);
~ Subhanallah [bahasa percakapan] di hujung yang jauh (tidak tahu hujungnya);
~ sut hujung sekali;
mengadu ~ lidah berbahas (bertengkar dan lain-lain);
mengadu ~ penjahit (dengan)
a) bertemu muka atau mulai berkenalan (dengan);
b) saling menunjukkan keahliannya kepintarannya, kepandaiannya, dan lain-lain);
c) berusaha mendapatkan nafkah dengan susah payah;
nyawa tinggal di ~ rambut hampir-hampir mati, tidak ada harapan lagi (sakratulmaut);
se~ rambut = (sampai ke) ~ rambut (sampai kepada yang) sekecil-kecilnya (sangat berkira);
tidak tentu (ada, tahu) ~ pangkal tidak tentu hala tujuannya (hubungan satu sama lain);
jadi ~ (penghujung) lidah (peribahasa) jadi jurubicara dalam sesuatu perundingan dan lain-lain;

berhujung
1. ada hujungnya, mempunyai hujung:
antara batu yang banyak itu ada sebuah yang ~ tajam;
tidak ~
terus-menerus (tidak berkesudahan);
~ berpangkal ada tujuan yang tentu atau nyata dan tersusun (percakapan dan lain-lain);

2. berakhir (pada), berakibat (pada):
perundingan yang ~ kepada perdamaian;
~ minggu
berehat (bersenang-senang) di hujung minggu;

berhujungkan mempunyai atau memakai sesuatu sebagai hujung:
sejenis tongkat yang ~kait besi;

menghujung
1. mendekati kesudahan (akhir, penghabisan):
musim buah sudah ~;

2. memuncak, meruncing:
perbalahan antara dua negara itu sudah ~;

hujungan sesuatu (tulisan dan lain-lain) yang di hujung (buku):
dalam ~ di akhir buku ini ada dinyatakan keterangan berkenaan vitamin A;

kehujungan kena hujung senjata, kena senjata yang tajam:
ada seorang anak Sang Nara Diraja telah kena parang oleh seorang Benggali dari ekor pipinya lalu ke kening, tetapi ~;

penghujung akhir, kesudahan, penghabisan;
~ bulan (abad, minggu, tahun, dan lain-lain) akhir bulan (abad, minggu, tahun, dan lain-lain);
~ cakap akhir cakap, penghabisan cakap;
buah ~ buah yang penghabisan;

berpenghujung ada penamatnya (kesudahannya, penghabisannya dan sebagainya):
hari demi hari dia menanti bagaikan suatu penantian yang tidak ~;
tugasnya sebagai suri rumah memang tidak ~.

berkongsi