hujan

1. air yang turun (menitik dengan banyaknya) yang terpeluwap daripada wap di atmosfera:
pagi ini ~ turun dengan lebatnya;
musim ~
= ketika ~ musim yang hujan selalu turun;

2. = hari ~ air sedang turun (menitik dengan banyaknya):
apabila ~, banyak orang datang lambat ke pejabat;
kalau ~ pertandingan bola itu tidak akan rancak lagi;

3. [kiasan] seperti hujan (banyak-banyak) datangnya dan lain-lain:
~ bom;
~ peluru;
~ wang;
~ abu

a) abu yang jatuh dengan banyak dari udara (apabila gunung berapi meletus dan lain-lain);
b) = ~ bubuk hujan menitik halus seperti kabus (biasanya pagi-pagi);
~ air mata banyak air mata dicucurkan;
~ asid air hujan yang dicemari asid yang dibebaskan ke udara daripada kilang, asap kereta dan lain-lain;
~ batu = ~ beku = ~ ais (jatuhnya) air hujan yang beku;
~ bubuk hujan abu;
~ bukit (Geografi) hujan yang turun kerana awan yang membawa hujan tersekat oleh bukit;
~ darah
a) = ~ merah hujan yang airnya kemerah-merahan warnanya dan meninggalkan kesan merah pada tanah;
b) pertumpahan darah (kerana pergaduhan, peperangan, dan sebagainya);
~ gerimis = ~ renyai = ~ rintik-rintik hujan yang menitik halus-halus dan tidak banyak;
~ lalu = ~ lari = ~ halau mentua hujan sebentar sahaja;
~ lebat = ~ deras hujan besar dan banyak airnya turun;
~ manik [Kelantan] hujan yang titik-titiknya kasar sebesar biji mutiara;
~ perolakan (Geografi) hujan yang disebabkan oleh perolakan udara panas ke atas;
~ rahmat
a) hujan yang datang ketika ia sangat-sangat diperlukan;
b) [kiasan] pertolongan dan lain-lain yang mencurah-curah datangnya;
~ ribut hujan lebat yang disertai ribut;
~ siklon (Geografi) hujan yang disebabkan oleh udara panas yang lembap yang bergerak ke atas udara yang lebih sejuk;
~ tahunan banyaknya hujan jatuh dalam setahun;
~ berbalik ke langit (peribahasa) perihal orang yang lebih (kuat, pandai, dan lain-lain) meminta tolong kepada orang yang kurang (lemah, bodoh, dan lain-lain);
~ berpohon, panas berasal (peribahasa) sesuatu hal itu tentulah mempunyai sebabnya;
~ emas di negeri orang, ~ batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri = ~ keris lembing di negeri kita, ~ mas perak di negeri orang baik juga di negeri kita (peribahasa) sebaik-baik negeri orang tidak sebaik negeri sendiri;
~ menimpa bumi (peribahasa) seseorang itu mesti tunduk kepada perintah pihak yang berkuasa;
~ tak sekali jatuh, simpai tak sekali erat (peribahasa) sesuatu pekerjaan itu tidak dapat diselesaikan dengan sekali gus;
ada ~ ada panas, ada hari boleh balas (peribahasa) nescaya akan ada peluang untuk membalas kejahatan orang terhadap kita;
bagai ~ jatuh ke pasir (peribahasa) kebaikan (pertolongan dan lain-lain) yang sia-sia (tidak berbalas);
ke mana tumpah ~ dari bumbung, kalau tidak ke cucuran atap (peribahasa) anak itu menurut sifat atau teladan orang tuanya (sesuatu itu menurut asalnya);
tidak ~ lagi becak, inikan pula ~ (peribahasa) tidak berbuat pun dikata orang, apa lagi kalau benar perbuatan kita;

sehujan garisan ~ (Geografi) garisan pada peta yang menghubungkan tempat-tempat yang sama banyak hujannya;

berhujan, berhujan-hujan sengaja berjalan (bekerja, bermain-main, dan lain-lain) dalam hujan, membiarkan dirinya basah kena hujan:
nelayan yang berpanas dan ~ di laut;

menghujan seperti hujan (datangnya dan lain-lain banyak-banyak):
panah pun ~ datangnya;

menghujani
1. mendatangkan (melepaskan) dengan banyak-banyak (peluru dan lain-lain) kepada:
pasukan kami dihujani peluru dan bom;

2. mendatangi sesuatu dengan banyak-banyak:
penyiasatan membuktikan adanya pancaran kosmik dari angkasa lepas yang sentiasa ~ bumi ini;
kita telah dihujani surat yang menyatakan pendapat yang pro dan kontra terhadap tulisan itu;

3. mengemukakan banyak-banyak (pertanyaan, soalan, tuntutan, dan lain-lain) kepada:
ia akan dihujani dengan seribu satu macam tuntutan lagi;
pegawai penyiasat itu telah ~ Amir dengan berbagai-bagai soalan;

menghujankan
1. menurunkan hujan pada, membasahkan seseorang atau sesuatu dalam hujan:
kalau aku mungkir janji rendam aku empat puluh hari empat puluh malam atau hujankan aku;

2. [kiasan] menjatuhkan atau melepaskan (bom, soalan, dan lain-lain) banyak-banyak;

memperhujankan membiarkan basah kena hujan;
mahukah orang ~ garamnya (peribahasa) mahukah kita mengabaikan diri (keluarga, negara, dan lain-lain) sendiri;

kehujanan kena hujan, tertimpa oleh hujan:
saya ~ di jalan;
kambing ~;
kera ~;

penghujan = musim ~ musim hujan;
hari ~ hari yang selalu hujan.

berkongsi