hitam

1. warna seperti warna arang, lawan putih;

2. [kiasan] dianggap tidak selamat kepada negara dan sebagainya:
beberapa kawasan di Pahang masih dianggap sebagai daerah ~;
~ berkilat
warna hitam yang berkilat (agak berminyak);
~ birat orang yang kulitnya hitam lagi hodoh;
~ kerak dodol [Kelantan] hitam yang digemari orang, hitam manis;
~ kumbang = ~ jengat = ~ legam = ~ lengit = ~ lotong = ~ pekat sangat hitam, hitam benar;
~ (tampuk) manggis hitam seperti kulit buah manggis;
~ manis warna hitam kemerah-merahan (yang disukai orang);
~ mata bahagian mata yang hitam;
~ putih
a) pernyataan bertulis sebagai bukti:
kami ada bukti ~ putih yang membolehkan kami merobohkan rumah ini;
sebarang perjanjian tidak akan sah kalau tidak ada ~ putih;

b) berwarna hitam, putih dan kelabu sahaja (berkenaan (dengan) gambar, televisyen dan sebagainya):
gambar ~ putih itu menimbulkan kenangan yang beraneka;
bagi mereka, pada waktu itu, jika memiliki televisyen ~ putih pun, sudah berasa seperti orang kaya;
c) [kiasan] nasib buruk atau baik yang dialami seseorang:
~ putih kehidupannya terletak pada dirinya sendiri;
~ usam hitam yang tidak berseri (kotor);
dalam ~ putih = ~ di atas putih (perjanjian dan lain-lain) dibuat bertulis;
~ bagai pantat belanga (peribahasa) perihal keburukan tabiat seseorang;
~ dikatakan putih, putih dikatakan ~ (peribahasa) tidak mengatakan yang sebenarnya (berdusta, berbohong);
~ gagak tiada siapa yang mencelupnya (peribahasa) orang yang berlaku jahat dengan kemahuannya sendiri;
~-~ bendi, putih-putih sadah (peribahasa) yang buruk lebih berharga daripada yang cantik;
~-~ gajah, putih-putih udang kepai (peribahasa) meskipun cantik rupanya yang hina tetap hina dan yang mulia tetap mulia meskipun buruk rupanya;
~-~ gula Jawa (peribahasa) sungguhpun hitam tetapi manis dipandang;
~-~ kereta api, putih-putih kapur sirih (peribahasa) jangan disangka sesuatu yang buruk itu selamanya kurang harganya (malahan yang cantik itu adakalanya kurang berharga);
~ mata itu takkan boleh bercerai dengan putihnya (peribahasa) orang dalam percintaan tidak mudah dipisahkan;
~ tahan timpa, putih tahan sesah (peribahasa) tetap tidak berubah, boleh dikaji keasliannya;
~-~ tahi minyak dimakan juga, putih-putih hampas kelapa dibuang (peribahasa) barang yang buruk tetapi berguna disimpan tetapi barang yang cantik tidak berguna dibuang;
rambut sama ~ hati masing-masing = rambut sama ~ hati lain-lain (peribahasa) tiap-tiap orang itu berlainan pendapatnya;

menghitam
1. menjadi hitam:
Leman masih memandang ketul keledek yang telah ~ kulitnya;

2. kelihatan hitam (kerana banyak orang berkumpul), menyemut:
semut kelihatan ~ menghurung nasi itu;

menghitamkan
1. menyebabkan jadi hitam:
ia ~ lukisannya dengan dakwat Cina;
asap pelita minyak tanah itu seringkali ~ lubang hidungnya;

2. memburuk-burukkan (pangkat, nama, dan lain-lain), mencemar:
perkara itu boleh ~ nama baik guru-guru agama;

3. [Minangkabau] meninggalkan (negeri dan lain-lain) dan tidak kembali lagi:
dilulurnya air matanya, biarlah negeri Padang dihitamkan buat selama-lamanya;

kehitaman hitam sekali;

kehitam-hitaman agak hitam.

berkongsi