himpun

(Komputer)

1. proses mengumpulkan data, subrutin, dan lain-lain yang diperlukan oleh atur cara untuk pemprosesan;

2. proses menterjemah kod bahasa berlambang kepada kod mesin yang setara;

berhimpun berkumpul:
dengan seketika itu juga segala anak cucunya pun ~lah;

menghimpunkan mengumpulkan (orang, benda, maklumat, dan lain-lain):
maka baginda menyuruh ~ segala orang besar-besar di dalam negeri Samudera;
JPM berusaha menyampaikan ilmu yang telah dihimpunkan oleh sarjana bidang tersebut secara sistematik;

terhimpun telah dikumpulkan, terkumpul;

himpunan kumpulan:
sebuah ~ puisi;
analisis yang menghuraikan sekumpulan ayat melalui satu ~ data;

perhimpunan
1. perihal berhimpun beramai-ramai untuk sesuatu tujuan tertentu:
sekalian penghulu dan ahli bijak pandai mengadakan satu ~ besar di Padang Asam;

2. tempat berhimpun (terhimpunnya barang-barang dan lain-lain):
maka oleh segala orang Arab dinamainya malakat, ertinya ~ segala dagangan, kerana banyak jenis dagangan ada di sana;

penghimpunan perihal atau perbuatan menghimpunkan, pengumpulan;

penghimpun;
~ elektrik [Indonesia] bateri.

berkongsi