1. bahagian sungai yang di sebelah bawah (lawan hulu atau udik):
ambillah air di sebelah ~;
ayah dan ibu Ah Seng yang tinggal di sebelah ~ baris kedai itu bertanam sayur dan padi;
orang ~ orang yang tinggal di daerah sungai di sebelah bawah;
2. = ke hilir, menghilir (mengikut aliran sungai):
maka Seri Bija Diraja pun ~lah membawa maharaja Dewa Sura kepada Bendahara Paduka Raja;
~ malam mudik tak singgah daun nipah dikatakan daun labu (peribahasa) jika malas berusaha tentulah akan mendapat susah:
sudah terlalu ~ malam, apa hendak dikatakan lagi (peribahasa)
a) orang yang mengaku kesalahannya sendiri kerana mungkir dalam janjinya;
b) sesuatu kesalahan yang tidak dapat diperbetulkan lagi;
tidak mengetahui hulu ~nya (peribahasa) tidak tahu hujung pangkalnya sesuatu perkara dan lain-lain;
berhiliran sentiasa (selalu) mengalir, mengalir ke sana ke mari;
menghilir belayar (berdayung, berhanyut) ke hilir:
motobot ~ terus;
berjalan ~ mudik berjalan ke sana sini, mundar-mandir, tak tentu ~ mudiknya tidak diketahui sebab-musababnya (asal usulnya dan lain-lain);
bagai si jimban hendak ~ (peribahasa) orang lemah lagi lembap mengerjakan sesuatu;
seperti penjaja, berpaling hendak ~ (peribahasa) perempuan yang keluar dari rumahnya dan berjalan dengan hebat dan tampan lakunya;
menghiliri mengikuti sungai dan lain-lain menghala ke hilir, berjalan (berkayuh dan lain-lain) ke hilir;
menghilirkan
1. membiarkan (menghanyuntukan) menuju ke hilir, membiarkan menghilir, membawa sesuatu menghilir:
maka Yang Dipertuan Muda pun menyuruh hilirkan penjajapnya yang telah sedia di dalam sungai itu;
2. [kiasan] membawa (sesuatu perkara, hal, dan lain-lain) ke arah tertentu;
hiliran berkaitan dengan pelbagai kegiatan yang berkembang daripada kegiatan utama (berkenaan (dengan) industri, projek, aktiviti dan sebagainya):
pembuatan kereta ini telah mewujudkan industri ~ seperti servis, penjualan kereta dan sebagainya;
pembangunan KLIA dijangka meningkatkan pembangunan infrastruktur sokongan dan menggalakkan pertumbuhan ~ baru di luar kawasan Lembah Klang;
peringkat ~;
produk ~;
berkehiliran berketentuan;
penghiliran perbuatan menghilir:
sepanjang ~ di sungai Lepeh.