hentam

~ kromo [bahasa percakapan]
a) memukul (meninju dan sebagainya) dengan hebatnya;
b) melakukan sesuatu dengan sesuka hati (tanpa pertimbangan lain yang wajar);

berhentam bertumbuk, berkelahi, berlanggar;

menghentam
1. memukul (menumbuk dan sebagainya) dengan keras, melanggar dengan kuat:
lori itu ~ tiang-tiang kawat yang berderetan;

2. melepaskan kata bantahan, sindiran dan sebagainya yang keras (pedas, menyakitkan hati dan sebagainya) kepada seseorang yang perbuatan, sikap atau tindak-tanduknya dan sebagainya kurang disenangi atau tidak disukai, membidas, mengecam:
karya itu hendaklah berunsur positif dan membina, bukannya ~ kepimpinan negara secara melulu dan tidak bertanggungjawab;

hentam-menghentam
1. saling menghentam (memukul, menumbuk dan sebagainya), pukul-memukul;

2. saling membidas (mengutuk, mengkritik, mencela dan sebagainya):
semasa kempen pilihan raya umum, kata-mengata dan ~ antara parti merupakan perkara yang lumrah;

menghentamkan memukulkan,menumbukkan;

terhentam terpukul, terhantuk:
dia jatuh tersungkur dan kepalanya ~ pada bendul;

hentaman
1. hasil (kesan, perbuatan dan sebagainya) menghentam (melanggar dan sebagainya) dengan kuat:
~ akibat pelanggaran menyebabkan kereta itu remuk sama sekali;
~ meteorit dapat menghasilkan tenaga kinetik dan haba yang sangat besar;
2. kecaman:
~ hebat Hitler terhadap peraturan atau sistem hidup selepas perang.

berkongsi