menghentak
1. memijak dengan kuat-kuat, merentak, menginjak (menumbuk dan lain-lain) dengan keras:
anak itu ~ lantai kerana tidak dapat wang;
2. menikam, menjolok, menusuk, meradak (dengan lembing dan lain-lain):
anjingnya luka dihentak orang;
3. = menghentak-hentak berdenyut-denyut (hati dan lain-lain):
hatinya ~ menunggu keputusan peperiksaan;
menghentakkan, menghentak-hentakkan memijakkan, menumbukkan, merentakkan:
ia ~ kasut tumit tingginya di atas lantai simen;
~ diri menjatuhkan diri;
~ kaki merentakkan kaki;
hentakan hasil perbuatan menghentak atau menghentakkan:
ia meninggalkan ruang itu dengan ~ kaki;
penghentak alat pemadat tanah, antan.
berkongsi