hendap

serangan ~ serangan secara bersembunyi;

menghendap merendahkan diri (membongkok dan sebagainya) atau menyembunyikan diri (menyorok) supaya tidak kelihatan (dengan maksud hendak mengintai, menangkap, dan sebagainya):
mereka berjalan ~ melalui pinggir hutan itu;
~ di balik lalang sehelai
(peribahasa) menyembunyikan (merahsiakan) sesuatu, tetapi tidak ada gunanya kerana mudah diketahui orang;

menghendapkan menyembunyikan supaya tidak diketahui orang, menyorokkan, menggelapkan (wang dan lain-lain);

terhendap-hendap terbongkok-bongkok (kerana hendak bersembunyi, mengintai, dan lain-lain), tersorok-sorok:
ketika ia sedang ~ ia dilihat oleh askar-askar peronda.

berkongsi